Pelakon Nad Zainal menamakan cahaya mata keduanya yang dilahirkan pada 30 Mac lalu sebagai Budi Kalsom.

Biarpun belum lagi berkongsi jantina bayinya, Nad sudah memanggil bayinya dengan nama timangan Cik Som.

"Semoga sentiasa indah pekerti, baik kejadiannya, lembut perwatakannya. Budi Kalsom nama diberi, selamat hadir dalam hidup kami," tulisnya di Instagram.

A post shared by ناد زاينل (@nad.zainal)


Bagaimanapun, ruangan komen pada Instagram Nad sudah ditutup selepas dihujani ratusan komen memuji keindahan nama pilihannya buat anak keduanya itu.

Nad dan suami, Muhammad Faliq Amirullah telah mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.