Laman Utama

Nadhir Nasar Dibenci Gara-Gara Pukul Isteri- “Tapi Saya Suka…”

gempak
Syafiqah Jalal
10/04/2022
10:02 MYT
Sponsor Banner
Nadhir Nasar Dibenci Gara-Gara Pukul Isteri- “Tapi Saya Suka…”
Pelakon muda, Nadhir Nasar akui dia telah dikecam dan dibenci peminat gara-gara aksi memukul isteri yang dilakonkan dalam episod satu drama Nusyuz Berkiblat Cinta yang lalu.
Kata Nadhir watak antagonis yang dibawakan kali ini betul-betul memberi kesan kepada yang menonton.
“Ramai yang tak puas hati dengan karekter saya sebagai suami yang suka mendera isteri. Ya memang ‘rare’ kerana watak antagonis yang saya bawakan sebelum ini pun tidak sampai ke tahap dibenci.
“Tapi kali ini peminat saya yang dari budak sekolah semua terkejut dengan watak yang saya bawakan. Saya hanya mengikut skrip dan saya cantikkan lagi dengan kreativiti saya,” katanya kepada Gempak ketika ditemui.
Nadhir yang mula popular dengan drama Projek Anchor SPM dan i-Tanggang itu kini mucul dalam drama Nusyuz Berkiblat Cinta yang ditayangkan setiap hari Ahad, jam 9 malam menerusi saluran Astro Ria.
Selain Nadhir, drama itu dibintangi oleh Shaza Bae, Emma Maembong dan Fikry Ibrahim.
Meskipun kemunculannya kali ini membuatkan penonton membenci akan karekternya, Nadhir memberitahu ia satu perkembangan atau respon yang baik.
“Saya tahu elemen seperti memukul isteri ni memang sensitif. Saya pun pada mulanya agak mencabar hendak bawakannya kerana saya sendiri belum berkahwin.
“Tapi sebenarnya ini lah situasi realiti yang dekat dan pernah dihadapi oleh sesetengah pasangan dalam rumah tangga.
“Pun begitu, saya suka lah bila mendapat respon sebegini, maknanya lakonan yang saya bawakan menjadi dan memberi kesan,” katanya lagi.
Jangan lupa saksikan Nusyuz Berkiblat Cinta hari ini epsiod 2, jam 9 malam di Astro Ria.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live