gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Dia Tak Tahu Ke Mummy Dia Pejuang Sabah…” – Anak Tak Mengaku Orang Sabah, Bella Astillah Mahu Bagi ‘Ceramah’
GAYA HIDUP
Dari Runway Ke Ruang Makan, Rico Rinaldi Bawakan Serinity Lengkapkan Dekorasi Rumah
HIBURAN
Halim & Kmy Kmo Tampil Dengan 'Layar Boneka', Lagu Sarat Emosi, Sindiran & Perjuangan Diri
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Nadin Amizah Diraba Peminat Lagi Ketika Konsert - "Tubuh Yang Sangat Saya Jaga Disentuh Sesuka Hati"

Amri Hassan
Amri Hassan
06/07/2025
06:45 MYT
Sponsor Banner
Nadin Amizah Diraba Peminat Lagi Ketika Konsert - "Tubuh Yang Sangat Saya Jaga Disentuh Sesuka Hati"
Penyanyi terkenal Indonesia, Nadin Amizah, sekali lagi menjadi mangsa gangguan seksual ketika membuat persembahan di acara Pasar Senggol yang berlangsung di Summarecon Mall Bekasi.
Insiden berlaku apabila segelintir penonton bertindak merempuh kawasan yang telah dipagari dan melepasi kawalan pihak keselamatan serta pengawal peribadinya. Mereka berjaya menghampiri pentas dan menyentuh tubuh Nadin tanpa keizinan.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Nadin yang berusia 25 tahun meluahkan rasa marah dan kecewa atas kejadian tersebut.
“Saya sangat kecewa dengan kalian. Bukan semua tapi segelintir yang menolak dan merempuh kami walaupun kawasan itu sudah dipagar.
“Malam ini terjadi lagi. Tubuh saya yang sangat saya jaga disentuh orang sesuka hati,” tulisnya.
Penyanyi lagu Rayuan Perempuan Gila itu turut mengakui dirinya berasa sangat terkilan apabila perkara sama berulang walaupun telah mengambil langkah berjaga-jaga sebelum ini.
“Saya marah sangat dengan diri sendiri sebab benda ini terjadi lagi. Rasa sangat kotor dalam tubuh sendiri. Kalian semua bukan peminat,” tambahnya.
Ini bukan kali pertama Nadin mengalami gangguan sedemikian. Pada September 2023, Nadin pernah berkongsi insiden serupa ketika membuat persembahan di Bandung.
Topic Berkaitan
#Penyanyi
#Viral
#Indonesia
#peminat
#Nadin Amizah
#Raba
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement