Jenama fesyen muslimah terkenal Naelofar telah melancarkan kempen ‘Naelofar For Humanity’ menerusi penjualan tudung di laman Instagram mereka.

Menerusi platform tersebut, Instagram mereka akan didedikasikan untuk mendorong orang ramai memperjuangkan dan membantu pembangunan semula bandar Palestin dengan sokongan daripada pihak MyFundAction.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamed Aqief, pihak mereka telah memberikan dana berjumlah RM50,000 sebagai permulaan kempen.

“Kita selalu lupa bahawa perjuangan mereka masih belum selesai. Oleh itu kita ingin terus mendorong masyarakat kita untuk terus bersuara untuk Palestin.

“Selama tujuh hari berturut-turut, tidak akan ada penjualan atau produk selain daripada kesedaran untuk penjualan hujung minggu ini untuk mengumpulkan dana dan sokongan untuk membina semula Palestin,” katanya menerusi satu kenyataan.

Kempen ‘Naelofar for Humanity’ akan bermula pada 24 Mei ini dimana ramai selebriti mula berikrar “I stand for Humanity, I stand for Change’ untuk terus memperjuangkan perubahan di Palestin.

Di akhir kempen ini, penjualan hujung minggu "Naelofar For Humanity" akan diadakan selama dua hari di, di mana hasil 100% akan disalurkan ke dana .

Pada 29 dan 30 Mei ini juga, 100% hasil jualan yang dibuat dalam masa 48 jam di Naelofar.com, Naelofar TTDI, Setia Alam, One Utama, Sogo dan Isetan akan terus ke diberikan kepada Naelofar For Humanity x myFundAction.