Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Nagita Slavina Menangis Tinggal Anak 17 Hari Untuk Ke Tanah Suci

Umirah Halim
09/06/2024 11:55 MYT
Isteri kepada hos, pengacara, pelakon dan penyanyi Raffi Ahmad, Nagita Slavina menangis gara-gara perlu berjauhan bersama anaknya selama 17 hari bagi menunaikan ibadah haji ke tanah suci.

Nagita menangis tinggal anak

Menerusi perkongsian di akaun Instagram, Raffi Ahmad, dapat dilihat Nagita menangis teresak selepas mengucapkan selamat tinggal kepada anak-anak nya iaitu Rafathar, Rayyanza dan Lily.

A post shared by Raffi Ahmad and Nagita Slavina (@raffinagita1717)

"Akhirnya, pecah tangisan, di depan anak-anak dan keluarga berusaha tegar (tahan nangis), setelah berpisah mahu masuk gate, ambyar (menangis), miss you already, Rafathar, Rayyanza dan Lily," tulis nya di ruangan kapsyen.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata menitipkan ucapan doa kepada pasangan ini.

Berita Trending: Sudah Lama Terputus Hubungan Dengan Syamsul, Yusof Haslam Enggan…

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: “Keluarga Tidak Pernah Lantik…


“Mashaallah saya ikut sedih, hati-hati di jalan semoga ibadahnya lancer sihat-sihat kak.

“Selamat menunaikan ibadah haji, bismillah lancer.

“Mbak gigi adalah aku, sikit-sikit nangis, semoga lancer ibadahnya, semoga mabrur,” komen beberapa netizen di Indonesia.

Berita Trending: "Hamil Tanpa Suami Itu Tidak Mudah” - Tunjuk Baby Bump,…

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: “Ibu Bapa Zayn Rayyan Menangis,…


Sebelum ini, memetik laporan Viva.co.id, Nagita juga sering menangis sebelum keberangkatannya ke tanah suci kerana akan meninggalkan anak-anaknya untuk jangka masa yang panjang.

Berita Trending: "Saya Akan Bangkit Semula" - Jojo Ghazali

Berita Trending:Isu Ustaz Don Direhatkan, Ustaz Kazim Minta Orang Ramai Berhenti Mengkritik-…


Untuk info, ibadah haji ini merupakan kali pertama dalam hidup bagi Raffi Ahmad dan dia sebelum ini pernah mengaku telah melakukan pelbagai persiapan menjelang keberangkatannya ke tanah suci untuk menunaikan ibadah haji termasuk sering melakukan solat taubat.

Sumber: Viva.co.id
#Anak #Menangis #Raffi Ahmad #Ibadah Haji #Nagita #Tinggal #slavina
;