Gaya Hidup

Nak Cakap Sikit: Jangan Dengki Rezeki Orang…Kalau Sugu & Pavithra Beli Periuk Baru Pun, Kenapa?

gempak
Fiza Kamarudin
24/06/2020
15:18 MYT
Sponsor Banner
Nak Cakap Sikit: Jangan Dengki Rezeki Orang…Kalau Sugu & Pavithra Beli Periuk Baru Pun, Kenapa?
Sepanjang minggu lalu kecoh mengenai pasangan YouTuber Sugu dan Pavithra. Di sana-sini orang membicarakan tentang mereka.
Lebih-lebih lagi apabila si isteri, Pavithra mendapat perhatian dan menjadi pilihan portal gaya Hidup, Fesyen dan hiburan, Pepatung (pepatungmy).
Transformasi Pavithra dikagumi ramai, daripada seorang suri rumah dia berubah menjadi lebih sofistikated dan jelita.
Malah ada yang menyarankan agar ibu beranak dua ini memcuba nasib dalam bidang glamor selain memberi fokus kepada saluran YouTube SuguPavithra yang memfokuskan tentang makanan.
Sungguhpun begitu, ada juga wargamaya yang kurang senang melihat Bahagia dikecapi Sugu dan Pavithra sehingga mereka membeli perkakas dapur baru pun menjadi pertikaian.
Menyedihkan! Ni nak cakap sikit, kenapa perlu cemburu dengan rezeki mereka? Salahkah jika mereka berbelanja sedikit untuk ‘reward’ diri sendiri?
Mereka layak memberi penghargaan kepada diri sendiri setelah melalui penah lelah sehingga mendatangkan hasil seperti hari ini.
Bila Sugu cakap mereka berpindah ke rumah baru pun ada yang kata dia senganja menunjuk-nunjuk!
Allahu…Nak cakap sikit ni, salahkah jika mereka cuba untuk mengubah kehidupan sedikit demi sedikit demi keselesaan anak-anak?
Cubalah berfikiran positif…Janganlah pandang semua benda tak kena. Jadikanlah kejayaan mereka hari ini sebagai kayu pengukur untuk anda, motivasi!
Jika mereka boleh fikirkan jalan demi kelangsungan hidup, kita juga mesti boleh lakukan benda yang sama. Jadikan kisah hidup mereka sebagai inspirasi…Tak salahkan?
Lagi artikel 'Nak Cakap Sikit...' Nak Cakap Sikit: Tengah ‘Syok’ Beraya Rumah Kena Gegar Dengan Polis, Salah Siapa? Nak Cakap Sikit: Pemandu Mabuk Makin Menjadi-Jadi, Wajar Atau Tidak Bagi Hukuman Mati? Nak Cakap Sikit: Jangan Syok Sangat…PKPP Belum Raya! Nak Cakap Sikit: Malu Miliki Anak Luar Nikah, Sedangkan Dia Lahir Kerana Kesilapan Sendiri?
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live