Laman Utama
Nak Cakap Sikit: Sana-Sini Rina Harun, Dah Kenapa? Please…No Politik!
Dua hari ini, masih belum berhenti orang bercakap mengenai perubahan fizikal Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.
Penampilan terbaharu ahli parlimen berusia 47 tahun itu menerima pujian ramai. Kebanyakan yang memujinya adalah kaum wanita. Mereka menjadikan perubahan tersebut sebagai inspirasi.
Ramai yang mahu memiliki bentuk badan yang langsing seperti Rina dan sudah mula berazam untuk mencapai berat ideal masing-masing.
Baguslah tu kan…Sekurang-kurangnya Datuk Seri Rina memberi semangat buat kaum wanita termasuk kaum ibu untuk menjaga pemakanan dan kesihatan, bukan sekadar cantik sahaja.
Tetapi, di sebalik komen positif, ada juga yang melemparkan kata-kata kurang enak! Well, bak kata Taylor Swift haters gonna hate! Ada sahaja yang tak kena…
Tak dapat dinafikan bawang army di Malaysia ini memang dasyat! Sampaikan foto Datuk Seri Rina pergi jumpa doktor pakar pembedahan bariatric pun dorang jumpa!
Ni nak cakap sikit, jika benar pun beliau ada berjumpa doktor tersebut dan membuat pembedahan bariatric kat mana salahnya?
Jika ia baik untuk kesihatan beliau sebagai seorang ahli politik yang perlu kelihatan cergas dan cerdas, rasanya tak salah pun kalau pembedahan bariatric itu betul-betul berlaku.
Sebagai seorang yang sentiasa menjadi perhatian ramai, kelihatan pleasant tu kan satu keperluan? Tak setuju? Tak setuju pun tak apa sebab ini pendapat sayalah sebagai penulis! LOL!
By the way, jangan salah faham…Saya tak kata Datuk Seri Rina melakukan pembedahan bariatric, tetapi saya kata KALAU ia berlaku, KALAU!
Lagi pula, beliau sendiri sudah berkongsi di Twitter mengenai perubahan bentuk badan yang semakin langsing.
“Saya cycling selain mengamalkan diet yang sihat dan yang penting niat sebenarnya nak sihat,” kata Datuk Seri Rina.
Oleh itu, janganlah bitter sangat ya semua selepas melihat perubahan diri orang lain. Tuduh yang bukan-bukan boleh jadi fitnah tau!Reporter: “you look fit, how do you do it?”Rina Harun: “Cycling, diet and it is important that the intention is to be healthy” pic.twitter.com/U5dZUeGUWM— not typical. (@JustinTWJ) February 9, 2021
Ni lagi satu nak cakap, perlu ke nak politikkan semua benda? Tak sihatlahhhh benda tu. So, no politik pleaseeeee….
Must-Watch Video