Skip to main content

Hiburan

Zul Ariffin Terajui Filem Baling, Astro Shaw Cinematic Universe Terus Berkembang

Zul Ariffin

Sekilas

  • KUDRAT 1968 terus mencipta fenomena dengan lebih 630 juta tontonan di media sosial dan memperkukuh dunia Astro Shaw Cinematic Universe (ASCU) melalui siri dan filem.
  • Filem BALING yang kini dalam penggambaran mengangkat legenda Raja Bersiong sebagai sebahagian daripada mitologi ASCU dengan elemen aksi, seram dan suspen.
  • Astro Shaw juga sedang menyiapkan siri premium Mat Yam Polis Evo dan Keluang Man: The Series, serta memperkenalkan video ketiga ASCU yang memberi petunjuk baharu kepada penonton.
Advertisement

KUDRAT 1968 terus mencipta momentum menerusi platform Astro dan Netflix serta meraih lebih 630 juta tontonan di platform media sosial, sekali gus mencetuskan pelbagai perbualan serta teori peminat mengenai Astro Shaw Cinematic Universe (ASCU). 

 

Advertisement

Meneruskan momentum tersebut, Astro Shaw berkongsi perkembangan baharu dalam dunia ASCU menerusi filem BALING. 

 

Diarahkan oleh Anwari Ashraf dan dibintangi Zul Ariffin, filem aksi seram thriller ini kini sedang menjalani penggambaran di Baling, Kedah, dengan mengangkat kisah legenda Raja Bersiong sebagai sebahagian daripada mitologi dunia ASCU.

Advertisement

Ketika penonton terus merungkai petunjuk dan membincangkan hubungan antara kisah-kisah dalam ASCU, BALING membawakan kisah lagenda tempatan ke dalam dunia tersebut. Filem ini mengisahkan Yong, atau lebih dikenali sebagai Raja Bersiong, yang masih hidup merentasi zaman selama beratus-ratus tahun. Terpaksa berdepan semula dengan masa lalu, Yong perlu menghadapi sejarahnya sendiri dan menebus kesilapan. 

 

Berlatarkan legenda dan mitologi Melayu, BALING membuka satu lagi sisi dunia ASCU untuk diterokai penonton, dengan perjalanan peribadi Yong yang menjadi nadi utama penceritaan filem ini.

 

Astro Shaw menghimpunkan barisan tenaga kreatif terkemuka Malaysia termasuk Pengarah Fotografi Nicholas Chin (Blood Brothers), Penyunting Irwan Ahmad (High Council) dan Pereka Produksi Rabbani Sujak (Malam Terlarang), bagi merealisasikan dunia BALING yang sarat dengan elemen mitologi tempatan dan pendekatan sinematik.

 

Menurut Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Sambutan dan reaksi terhadap KUDRAT 1968 dengan meraih lebih 23 juta tontonan menerusi video-video ASCU, menunjukkan betapa besarnya keterlibatan penonton terhadap dunia penceritaan yang saling berkait ini. 

 

“Apa yang paling mengujakan kami adalah melihat bagaimana peminat ASCU begitu aktif mengikuti setiap petunjuk, membincangkan pelbagai teori dan menghubungkan kaitan antara kisah-kisah dalam ASCU. Perkembangan ini amat mengujakan kami, dan BALING bakal membuka lebih banyak ruang untuk mereka terokai. 

 

“Legenda Raja Bersiong bukanlah sesuatu yang asing dalam cerita rakyat Malaysia, namun masih banyak sisi yang boleh diterokai menerusi karakter ini, seorang lelaki yang telah hidup selama berabad-abad dan terpaksa berdepan dengan masa lalu yang terus menghantuinya. Menerusi BALING, kami membawakan elemen aksi, suspen dan seram dalam menghidupkan kisah ini.

 

“Anwari telah membuktikan kemampuannya menerusi dunia High Council dengan keupayaannya mencipta karakter yang dekat kepada penonton serta kisah yang terus menjadi bualan. Dengan Anwari sebagai pencipta dan pengarah BALING, serta Zul Ariffin, antara bintang terkemuka Malaysia, yang membawakan watak Yong, kami yakin gabungan mereka mampu memberikan skala penceritaan dan kekuatan emosi yang selayaknya untuk kisah ini.”

 

KUDRAT 1968 Terus Perkukuh Momentum Menerusi Siri dan Filem

Sebagai antara nadi penting dalam pembangunan ASCU, KUDRAT 1968 terus mengembangkan naratifnya menerusi pendekatan ‘Satu Cerita Dua Format’, yang membawa kisah tersebut kepada penonton menerusi siri premium dan filem. Diterajui oleh Zulaikha Zakaria selaku pencipta, showrunner dan pengarah bagi kedua-dua format, projek ini mengetengahkan konflik dan tragedi yang semakin memuncak dalam kalangan pelajar KUDRAT.

 

Episod tiga yang kini telah menemui penonton dan terbaru episod empat bakal ditayangkan pada 16 Oktober, dan kemudian membawa kesinambungan cerita ke layar perak pada bulan Oktober ini. 

 

Petunjuk Baharu dan Perkembangan Terkini Dalam ASCU

 

Menyusuli video ASCU: The Beginning dan ASCU: Kitab Kataha yang telah temui penonton awal tahun ini, Astro Shaw bakal memperkenalkan video ketiga ASCU akan datang.

 

Dibangunkan di bawah pimpinan Pengarah Kreatif ASCU, Alfie Palermo, video ketiga ini sekali lagi diarahkan oleh Mshaffuan dan Sofyank, dengan sinematografi oleh Nicholas Chin. Video tersebut bakal memberikan penonton petunjuk baharu serta gambaran awal mengenai perkembangan seterusnya melibatkan High Council, Polis Evo dan Keluang Man.

Dalam perkembangan lain, siri premium Astro Originals Mat Yam Polis Evo kini berada dalam fasa pasca produksi dan dijadual menemui penonton pada Disember ini. Diarahkan oleh Stephen Chua dan dibintangi Amerul Affendi, siri ini mengisahkan Mat Yam yang cuba meninggalkan masa lalunya, namun kembali terheret ke dalam konspirasi jenayah dan misi berbahaya.

 

Sementara itu, Keluang Man: The Series turut berada dalam fasa pasca produksi dan dijangka menemui penonton menerusi siri premium Astro Originals pada 2027. Dicipta oleh Anwari Ashraf dan Muqri Azlan, serta diarahkan oleh Zahir Omar bersama pengarah bersama Syahmi Norsan, siri ini memberi fokus pada perjalanan emosi dan sisi psikologi Borhan lebih mendalam.

 

Kopi WONDA merupakan rakan strategik Astro Shaw bagi ASCU. Kerjasama ini turut diperluaskan menerusi Spill The Beans, sebuah platform kandungan digital yang mengajak penonton meneroka dunia ASCU. 

 

Menampilkan Wan Daud sebagai ‘penghubung’ kepada universe ini, platform tersebut membincangkan pelbagai petunjuk, teori peminat dan pendedahan eksklusif (easter eggs), sekali gus menggalakkan penonton untuk terus meneliti serta menghubungkan perkembangan dalam dunia ASCU yang semakin luas.

 

Ikuti @wandaudrasmi serta platform media sosial rasmi Astro Shaw untuk mendapatkan kandungan Spill The Beans dan perkembangan terkini ASCU. Episod-episod terdahulu boleh ditonton menerusi sooka dan On Demand.

Anda mungkin berminat dengan

ELGINI E16413 Baju Training Fitness Wanita S-XXL | Women's Fitness Training Shirt

ELGINI E16413 Baju Training Fitness Wanita S-XXL | Women's Fitness Training Shirt

French retro resort style ice silk linen cotton sunscreen shirt women's summer pony embroidery with air conditioning doll cardigan top

French retro resort style ice silk linen cotton sunscreen shirt women's summer pony embroidery with air conditioning doll cardigan top

YONEX MACH 3 Series Badminton Shoes ( ADULT ) | TruShape | Hexa-Grip | Double Mesh

YONEX MACH 3 Series Badminton Shoes ( ADULT ) | TruShape | Hexa-Grip | Double Mesh

CROSSRUNNER Plus Size 4XL 5XL 6XL 7XL Big Round Neck Jersey Sport Training T-Shirt Unisex Microfiber Baju Jersi CRR7000

CROSSRUNNER Plus Size 4XL 5XL 6XL 7XL Big Round Neck Jersey Sport Training T-Shirt Unisex Microfiber Baju Jersi CRR7000

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Must Watch Video

Advertisement