Suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr Izzar Anwari mengingatkan agar orang ramai tidak menyalahgunakan ‘hak istimewa’ diberikan kepada mereka yang lengkap dua dos vaksin.

Menerusi hantaran di akaun Instagramnya, Dr Izzar berharap rakyat Malaysia sentiasa beringat dan bijak dalam membuat pilihan kerana varian yang paling ditakuti iaitu varian Delta masih ‘mencari mangsa’.

“Mesti ramai gembira dah boleh keluar dine-in dan merentas daerah kalau dah lengkap divaksinasi. Walaupun kelonggaran ini diberi, kita hendaklah beringat dan bijak membuat keputusan. Ini kerana Delta Variant sedang berlegar-legar di luar sana,” tulisnya.

Dalam hantaran yang sama, Dr Izzar juga memberikan beberapa tips buat mereka yang ingin makan di restoran.

Berikut merupakan enam tips Dr Izzar:

1. Pastikan pakai double mask atau N95 kalau keluar n patuh SOP

2. Makan di kedai yang open concept/ pengudaraan dia baik. Elakkan dine-in di mall/ kedai di mana pengudaraan dia tak berapa baik sebab dalam ruang tertutup.

Cuba pergi awal masa tak ada orang ke. Virus C-19 ni kan airborne. Dine-in kat rumah keluarga/kawan yang dah lengkap divaksin lebih baik.

3. Nak merentas daerah pun beringat. Hanya benarkan orang yang dah lengkap divaksin untuk melawat anda dan lawat orang dah lengkap divaksin. Kalau ada anak-anak kecil yang belum divaksin, tangguhkan dulu niat sebab mereka tak dilindungi lagi.

4. Jangan teruja sangat dengan kadar vaksinasi di Malaysia. Alhamdulillah memang tinggi tapi kalau kita tengok betul-betul, ia tinggi di GKV. Rata-rata negeri lain kadar vaksinasi tak sampai 50% lagi yang lengkap divaksinasi

5. Kita boleh menarik nafas lega kalau kes BID, kematian, dan kes CAT 3,4,5 semakin berkurangan. Perhati betul-betul.

6. Kita kena terima yang kita akan hidup disamping C-19 ni. Walaupun kelonggaran diberi, tak bermaksud ancaman C-19 tu dah tiada. Sentiasa beringat.

Dr Izzar juga berharap agar rakyat Malaysia dapat menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab terhadap keselamatan keluarga.

A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar)


“Golongan yang memalsukan e-sijil vaksinasi perlu didakwa atas tuduhan percubaan membunuh.

“Buatlah keputusan yang bijak. Tanggungjawab keselamatan/ kesihatan keluarga di tangan anda, bukannya orang lain. #drizzarshares,” tulisnya.