Isteri kepada pelakon Azwan Kombos, Ezzaty Abdullah berkongsi detik cemas apabila pusat kecantikan miliknya yang terletak di Shah Alam dipecah masuk pagi tadi.

Ezzaty berkongsi pengalaman terbabit menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naik di Instagramnya.

Turut kelihatan, gambar Azwan Kombos bersama laporan polis yang dibuat.

Menurut Ezzaty, kejadian berkenaan mula disedari selepas dia dikejutkan oleh pekerjanya yang memberitahu bahagian jeriji besi pintu pusat kecantikkannya telah dikopak.

"Ya Allah nak gugur jantung pagi tadi dengar staff telefon bagi tahu grill kena kopak.

"Saya terus kejut suami bangun tengok spa, namun Alhamdulillah tiada yang serius berlaku.

"Cuma kena keluarkan duit untuk buat grill baru dan terpaksa pasang sistem penggera keselamatan," katanya.

Jelasnya lagi, dia berharap kejadian berkenaan adalah yang terakhir berlaku di premis berkenaan.

"Lepas ni kalau ada cubaan lagi, akan ada penggera keselamatan yang bunyi 'menjerit' kuat-kuat sampai polis datang. Tadi pun tak sampai lima minit polis dah sampai, terima kasih.

"Sekarang kami dah boleh jalankan perkhidmatan spa macam biasa," katanya.

Hopefully lepas ni tak akan ada percubaan atau rompakan di sekitar @harum.spa lagi. Ya Allah nak gugur jantung pagi tadi dengar staff call bgtau grill kena kopak. Terus kejut suami bangun tengok spa. Alhamdulillah nothing big happened. Cuma kena keluarkan duit untuk buat grill baru n of coz pasang alarm. So lepas ni kalau ade “cubaan” lagi, ALARM @harum.spa akan menjerit kuat2 sampai polis dtg. Pagi tadi pun x sampai 5mnt polis dah sampai. Tq POLIS?and tq jugak to all customers yang faham situasi kami. So now dah boleh proceed service macam biasa. Sorry for delay! Oh, gambar ke3 tu adalah gambar orang yang nak pasang grill. Bukan gambar perompak jahanam itu.

A post shared by Ezzaty Abdullah (@ezzatyabdullah) on