Hollywood
"Nak Jadi Bintang WWE Macam Saya Pun Tak Ada Hal" - Xavier Woods Tak Halang Minat Anak
Bintang WWE, Xavier Woods tidak menghalang minat anak lelakinya sekiranya cenderung untuk meminati bidang sama sepertinya.
Kata Xavier, 32, dia enggan menghalang sebarang minatnya dan menyokong setiap yang diinginkan.
"Jika dia mahu menjadi bintang WWE seperti saya nanti, saya tidak akan menghalangnya. Tak ada hal, teruskan saja!
"Malah, saya akan memberikan sokongan sepenuhnya," katanya kepada Gempak.
Xavier ditemui sempena sesi Meet & Greet bersama peminatnya di Sunway Pyramid pada Ahad lalu.
Ini merupakan kunjungan kedua Xavier ke Kuala Lumpur selepas beberapa tahun lalu.
Bintang WWE itu sebelum ini dikenali dengan beberapa nama popular termasuk Austin Creed.
Pemilik ijazah kedoktoran psikologi itu merupakan rakan sepasukan Big E dan Kofi Kingston dalam The New Day.
Must-Watch Video