HIBURAN

“Nak Kutuk Ke, Cakap Saya Terpaling Tahu Ke, Silakan” - Teruk Dikecam Bersuara Isu Abang Bas, Uyaina Arshad Tetap Mahu Sebar Kesedaran Tentang Pedofilia

Mya Amri 12/09/2024 | 03:55 MYT

Pelakon, Uyaina Arshad mengakui dirinya teruk dikecam netizen hanya kerana kelantangannya menyuarakan pendapat tentang isu Abang Bas.

Bukan bash tapi mahu beri kesedaran

Uyaina berkongsi perkara itu menerusi video terbaharu yang dimuat naik di hantaran akaun Instagram miliknya.

Kata Uyaina, dia bukan mahu ‘menyerang’ atau menyuarakan isu itu secara membuta tuli sebaliknya perkara yang dilakukan oleh lelaki itu tidak masuk akal.

“Baru-baru ini saya kena kecam teruk pasal kes Abang Bas dan korang boleh tengok sendiri kecaman-kecaman yang saya terima dan sekarang ini Abang Bas sudah pun didakwa di mahkamah.

ARTIKEL BERKAITAN:Beri Pandangan Tentang Isu Abang Bas, Uyaina Arshad Dilabel Penunggang Oleh Netizen

ARTIKEL BERKAITAN:Isu ‘Abang Bas’, Uyaina Arsyad Anggap Konten Kanak-Kanak Boleh Undang Kesalahan Jenayah - “Mungkin Dia Itu Orangnya Memang Baik Tapi…”

ARTIKEL BERKAITAN:Uyaina Arshad Kongsi Momen Pertama Kali Jumpa Neelofa & Izara Aisyah - “I Adore Both Women So Much In Many Ways”

ARTIKEL BERKAITAN:Uyaina Arshad Kongsi Soalan ‘Famous’ Yang Selalu Diterima Oleh Ibu Lepas Bersalin - “Ada Sesetengah Respons Buat Saya Sampai Terkedu”

ARTIKEL BERKAITAN:Berdepan Masalah Jantung, Uyaina Arshad Pilih Bersalin Secara Pembedahan - “Kami Dah Berempat Sekarang…”

Sekadar info, Uyaina sebelum ini memuat naik video di TikTok memberikan pandangan peribadinya berkaitan seorang pemandu bas berusia 24 tahun yang dilabel sebagai pedofilia dek kerana kontennya yang menjurus ke arah seksual terhadap kanak-kanak bawah umur.

Bagaimanapun, ulasan yang diberikan aktres tersebut menerima reaksi bercampur baur pengguna media sosial.

Imbas kembali, pemandu bas berkenaan telah pun ditahan di Simpang Renggam pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Johor, Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, dihubungi Gempak berkata, lelaki berkenaan ditahan polis Ibu Pejabat Polis (IPD) Kluang, kira-kira pukul 2.57 pagi, Jumaat.

Kumar berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seskyen 15 (a) (iii) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seksyen 15(2) Akta Kanak 2001.

Sebelum itu, tular beberapa video yang memaparkan seorang pemandu bas yang mempunyai lebih 600,000 pengikut di TikTok, merakam beberapa murid sekolah perempuan yang dianggap pemandu bas tersebut sebagai 'crush' atau seseorang yang diminati atau disukai secara romantik.

Kesemua video yang dirakam sambil memandu itu memaparkan wajah murid-murid tersebut dengan jelas.

#Netizen #Kecam #Uyaina Arshad #Pedofilia #Abang Bas #Pedo