Hiburan

Berdepan Masalah Jantung, Uyaina Arshad Pilih Bersalin Secara Pembedahan - “Kami Dah Berempat Sekarang…”

gempak
Asyikin Mayudin
20/05/2024
04:55 MYT
Sponsor Banner
Berdepan Masalah Jantung, Uyaina Arshad Pilih Bersalin Secara Pembedahan - “Kami Dah Berempat Sekarang…”
Pasangan selebriti Uyaina Arshad melahirkan rasa syukur apabila dia sudah selamat melahirkan cahaya mata kedua di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Selamat Bersalin Secara Pembedahan

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Uyaina atau nama lengkapnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, menerusi hantaran di Instagram miliknya.

“Kami dah berempat sekarang. Alhamdulillah. Doakan untuk keluarga kecil kami,” katanya yang melahirkan bayi lelaki seberat 2.9 kilogram.

Menerusi hantaran sama, Uyaina turut memuat naik foto dia sedang mengendong bayinya dan ditemani suami, Raja Shahiran di sisi.

Syukur & Berterima Kasih

Sementara itu, Raja Syahiran turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada orang ramai yang menitipkan doa buat mereka sekeluarga.
“Alhamdulillah kedatangan anakanda kedua yang dikasihi. Bonda (Uyaina) sedang berehat selepas bertarung nyawa demi anakanda tercinta.
“Semoga Raja Urhan (anak sulung) menjadi seorang kekanda yang baik menjadi telandan buat adinda.
“Tiada apa yang dipinta selain doakan kesejahteraan kami sekeluarga hingga akhir waktu,” katanya.
Difahamkan, Uyaina memilih untuk menjalani prosedur pembedahan atas nasihat doktor susulan masalah jantung yang dialami.
Untuk rekod, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan Raja Syahiran pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan yang kini berusia setahun lima bulan.

BERITA TRENDING: Uyaina Arshad Kongsi Pengalaman Hamil Anak Pertama & Kedua - “Syahiran Yang Banyak Mengidam Tahap Merajuk Cranky Kalau…”

BERITA TRENDING: Isu Duit Raya RM3, Ini Nasihat Uyaina Arshad - “Dapat 10 Sen Sekali Pun Bersyukurlah, Duit Raya Diberi Ikut Kemampuan..."

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024