Skip to main content

Trend Pasaran

Nak Makan Malam Dengan Cik B? Kena Dapatkan 500,000 Retweet!

cikbagainbefunky-collage.jpg
Anak kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV), Cik B, 11, atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen bukanlah satu nama asing untuk masyarakat Malaysia yang aktif menggunakan media sosial.

Terbaru, menerusi sebuah entri yang dimuat naik oleh DSV di akaun Instagramnya, seorang netizen yang menggunakan nama @sham_aimirul telah meninggalkan komen yang menarik perhatian netizen dan DSV sendiri.

"Berapa tweet untuk saya makan malam bersama Cik B?" tanya netizen tersebut.

Soalan itu telah dijawab oleh DSV dengan menyatakan tweet yang diperlukan adalah sebanyak 500,000.

 

Pada masa yang sama, netizen lain turut memberi respon dan pandangan tersendiri terhadap komen tersebut.

Cik B semakin dikenali di media sosial sejak dua tahun lepas, selain Cik B, adiknya yang dikenali sebagai Kacak atau nama sebenarnya Muhammad Eric Zacquan, 9, juga semakin dikenali di kalangan netizen.

Teks : Asraf Aided
Sumber : Instagram DSV

 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement