Penyanyi Naim Daniel menarik perhatian ramai apabila tampil bergaya sewaktu menerima suntikan kedua vaksin COVID-19 pada Ahad.

Menerusi laman sosial Instagram, Naim berkongsi momen lengkap dua dos vaksin itu untuk tatapan umum.

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)


Menerusi perkongsian itu lagu, Naim cukup nergaya mengenakan persalinan serba hitam dengan blazer over-sized serta dipadankan dengan aksesori rantai pelitup muka.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memuji penampilan Naim yang rajin bergaya apabila mendapat peluang untuk keluar suntikan kedua vaksin.

Amboi macam nak buat show hehe,” komen pereka fesyen Hatta Dolmat.

Dia punya second dose macam nak perform konsert eh dik?” usik seorang wargamaya.

Makin hensem la lepas ni,” puji seorang wargamaya.

Paling style!” ujar seorang wargamaya.

Ingat nak naik stage tadi,” tulis seorang wargamaya.

Outfit on point!” kata seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 51,000 tanda suka daripada pengikutnya.