Laman Utama

“Nak Tunggu Saya Mati Ke?” - Aliff Syukri Kesal Bakat Tidak Dihargai

gempak
Shahrin Zulkifle
18/08/2022
10:53 MYT
Sponsor Banner
“Nak Tunggu Saya Mati Ke?” - Aliff Syukri Kesal Bakat Tidak Dihargai
Usahawan kosmetik paling berkontroversi, Datuk Sri Aliff Syukri meluahkan rasa terkilan apabila bakatnya tidak dihargai sehingga menerima keceman teruk dari pelbagai pihak.
Jelas Aliff atau nama aslinya Aliff Syukri Kamarzaman, 35, dia mengandaikan masyarakat di luar sana akan menghargai bakatnya apabila dia sudah tiada lagi di dunia ini.
“Saya memang sedih sangat, bila satu Malaysia tidak menerima bakat saya malah mereka kecam saya.
“Takkanlah nak tunggu saya dah mati (meninggal dunia) baru semua orang nak hargai bakat yang ada pada saya.
“Saya sudah ada hampir 10 buah lagu tau, tak cukup lagi ke untuk buktikan yang saya ada bakat nyanyi.
“Cubalah sesekali tu hargai sahaja bakat saya ini, saya buat lagu bertujuan untuk menghiburkan orang sahaja,” katanya kepada Gempak.
Aliff ditemui ketika sesi sidang khas bersama media di sebuah restoran makan di sekitar ibu kota, pada petang Khamis.
Tambah pelantun lagu Bobo Di Mana itu lagi, dia menyifatkan sikap sesetengah rakyat Malaysia yang sejenis memilih kasih.
“Rakyat Malaysia ini sebenarnya pilih kasih, manakan tidak, kalau artis luar negara mereka terima sahaja walaupun nyanyian mereka ada kalanya tidaklah begitu baik.
“Bila jadi macam ini dekat saya, saya rasa pelik. Saya lihat juga artis di Malaysia yang tindakan mereka kadang jauh lagi teruk, ada yang nampak perut, berpegangan tangan tapi tiada pun orang kecam mereka,” tambah ayah kepada enam orang anak itu.
-Bercakap tentang muzik video terbaharunya, Baby Sayang yang mencentuskan kecaman ramai, Aliff berkata dia telah pun menghabiskan ribuan ringgit demi memenuhi hobinya yang minat menyanyi.
“Saya buat lagu Baby Sayang sebenarnya tidak menguntungkan pun, saya habiskan hampir RM70,000 untuk lagu Baby Sayang ini.
“Kalau ikutkan soal untung dan pendapatan langsung saya tidak pernah hairan.
“Saya buat lagu ini bukan untuk jadi penyanyi tetapi menang sebab minat dan hobi sahaja,” ujarnya lagi.
Terdahulu Aliff dan Baby Shima dikecam selepas memuat naik video yang kurang sesuai untuk ditonton oleh masyarakat. Menerusi beberapa hantaran di Instagram, Aliff Syukri dilihat menari dengan aksi yang agak menghairahkan di sisi Baby Shima dan juga selebriti TikTok, Ratu.
Malah Ariff turut menerima teguran dari beberapa pendakwah agama yang mendakwa aksinya seolah-olah melanggar syariat agama Islam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live