,
Laman Utama

#NakCakapSikit: Laksa Punya Pasal Pun Mau Gaduh Ka? Tak Kisahlah Guna Ikan Apa Pun, Asalkan Sedap!

Fiza Kamarudin
19/05/2021
12:50 MYT
Salam Aidilfitri semua. Hari ni baru Syawal ketujuh, jadi #NakCakapSikit ambil kesempatan mohon ampun dan maaf kot-kot terlaser dalam penulisan.
Dua tiga hari ini #NakCakapSikit tengok heboh orang cerita pasal Laksa dan Makcik Tenggiri di timeline sosial media…
Selidik punya selidik…Rupanya kisah ikan yang digunakan dalam resipi masakan tradisional popular negeri Johor, iaitu Laksa Johor.
#NakCakapSikit rasalah, kesilapan terbesar yang dilakukan ‘Makcik Tenggiri’ ialah apabila dia mengaitkan negeri lain dalam komen yang ditulis.
Sebenarnya kalau ‘Makcik Tenggiri’ tak trigger, mungkin tidak berlaku perang di Twitter dan Facebook! Tak pasal-pasal ‘Makcik Tenggiri’ tular.
‘Makcik Tenggiri’ mungkin dah padam komen dia selepas dikecam secara berjemaah tapi dah terlambat! Kepantasan jari netizen mengatasi kelajuan cahaya ya!
Minta maaf cakaplah, kenapa perlu nak ‘mencari penyakit’? Kalau komen murni-murni kan bagus? Tak payah kau nak cakap negeri A lagi bagus, negeri B jatuhkan martabat negeri C…
Lain padang, lain belalanglah..Cara masing-masing kan. Tak payah banding-bandingkan. Laksa negeri A lagi standard dari negeri B, C, D dan E!!! Hujung-hujung, dikunyah, ditelan menjadi tah* juga.
Sudah! Pokok pangkalnya kita semua ni sama sahaja. Hidup dalam kepelbagaian budaya, makanan, adat. Saling menghormati sesama sendiri kan lebih baik.
Untuk apa saling menghina? Ni…#NakCakapSikit, buang karanlah bergaduh pasal Laksa! Jaga sensitiviti orang lain kalau tak nak orang provoke kita balik…Ye tak? Rasa nak marah kan bila orang provoke kita balik 'Makcik Tenggiri'? Haa...Sebab itulah kena jaga adab bila menulis. Hah, yang provoke lebih-lebih ni pun...dah boleh move-on kot?
Sebab kalau korang duk provoke 'Makcik Tenggiri' dengan kata-kata yang menyakitkan hati, maknanya korang pun sama macam dia!
Hormat menghormati amalan mulia!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

#NakCakapSikit: Mana Hilangnya Telur Ayam? Semua Dah Tak Bertelur Ke?

gempak
09/02/2022
12:40 MYT
Tertanya-tanya la jugak mana hilangnya. Kalau ada pun harga mahal yakmat!
Laman Utama

#NakCakapSikit: Tak Bagi Keluarkan KWSP Tapi Galakkan Buat Pinjaman TEKUN?

gempak
29/12/2021
14:17 MYT
Lebih Rela Rakyat BERHUTANG Daripada Keluarkan Duit Sendiri?
Laman Utama

#NakCakapSikit: Ambil Iktibar Dengan Bencana Yang Berlaku, Sudah-Sudahlah Menuding Jari!

gempak
22/12/2021
12:40 MYT
Bukan masa untuk 'aku salahkan kau, kau salahkan aku'!
Laman Utama

#NakCakapSikit: Kanak-Kanak Maut Dilanggar Van Sekolah, Salah Siapa? Pemandu Van Atau Pengusaha Taska?

gempak
17/11/2021
09:38 MYT
Orang tu kata salah pemandu van, orang ni pula kata taska yang salah...Mana satu ni?
Laman Utama

#NakCakapSikit: Memang Kena ‘Buat Silap’ Ke Untuk Clout? Adoi…Benda Ni Trend Ke Sekarang?

gempak
10/11/2021
13:45 MYT
Demi secebis perhatian!
BorakSeeni