Skip to main content

Hiburan

"Sama-Samalah Kita Improve..." - Putra Anuar Mohon Netizen Lebih Berempati Ketika Menegur Penyampai Radio

Astrogempak PUTRA

Sekilas

  • Putra Anuar dari radio Sinar meluahkan rasa terkilan terhadap komen berbaur hinaan yang diterima daripada segelintir pendengar di media sosial.
  • Beliau menghargai teguran membina dan menegaskan penyampai radio tidak berniat untuk menyakitkan hati pendengar semasa bersiaran.
  • Putra berharap orang ramai dapat memberi komen dengan lebih berhemah dan empati demi penambahbaikan bersama.

Penyampai radio Sinar, Putra Anuar meluahkan rasa terkilan terhadap segelintir pendengar yang meninggalkan komen melampau dan berbaur hinaan terhadap penyampai radio di media sosial.

Menerusi satu hantaran di Threads, Putra mengakui setiap teguran dan pandangan daripada pendengar sentiasa diambil serius, lebih-lebih lagi jika ia disampaikan secara membina dan penuh hormat.

“Saje la nak luah sikit malam ni. Perasan je ada sesetengah pendengar radio yang komen, bagi pendapat atau menegur beberapa segmen yang mereka dengar. Ada yang sangat membina. Terima kasih untuk itu. 

“Tapi ada juga yang sampai mengherdik, kadang tu sampai menghina macam kitorang penyampai radio ni tak ada hati dan perasaan. Janganlah begitu terkilan baca tau,” tulisnya.

Menurut Putra, dirinya dan rakan penyampai lain tidak pernah berniat untuk membuatkan pendengar berasa tidak selesa ketika bersiaran di udara.

“Tak pernah terniat dalam hati dan fikiran bila bersuara depan mikrofon tu semata untuk buat orang tak senang dengan kitorang,” katanya.

Dalam pada itu, Putra turut berharap agar orang ramai dapat meninggalkan komen dengan lebih berhemah serta mempunyai sifat empati ketika menegur.

“Sudah tentu ruang untuk menambah baik melalui komen anda tu kami ambil kira. Tapi kalau boleh letakkan sedikit sifat empati dalam setiap komen.

“Kita semua pun tak sempurna. Sama-samalah kita improve untuk masa akan datang okay?” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must Watch Video

Advertisement