Skip to main content

Hiburan

Ahmad Dhani Mengaku Hampir Bercerai Dengan Mulan Jameela Tahun Lalu - “Saya Memang Buat Keputusan…”

Astro Gempak 481

Sekilas

  • Ahmad Dhani mengakui pernah berniat untuk bercerai dengan isterinya, Mulan Jameela, sekitar tahun lalu.
  • Dia membatalkan niat tersebut selepas melihat reaksi anak-anaknya yang tidak sanggup melihat adik-adik mereka melalui pengalaman pahit perceraian.
  • Perubahan sikap Mulan yang kembali kepada fitrahnya juga menjadi faktor utama Ahmad Dhani memilih untuk terus bersama.
Advertisement

Pemuzik Indonesia, Ahmad Dhani mengakui pernah berniat untuk bercerai dengan isterinya, Mulan Jameela sekitar tahun lalu.

Pengakuan tersebut dibuat Ahmad Dhani ketika muncul dalam sebuah podcast bersama Gading Marten, Desta dan Andre Taulany.

Advertisement

“Setahun lalu, saya memang buat keputusan mahu bercerai dengan Mulan. Serius,” katanya.

Bagaimanapun, ketua kumpulan Dewa 19 itu memilih untuk tidak mendedahkan punca sebenar yang membuatkan dia mahu menamatkan perkahwinan mereka.

“Kenapanya tak perlulah saya cerita. Tapi alasannya bukan macam kamu,” katanya sambil berseloroh kepada Gading Marten dan Desta.

Advertisement

Menurut Ahmad Dhani, dia kemudian mengumpulkan ketiga-tiga anaknya iaitu Al, El dan Dul untuk memaklumkan mengenai hasrat tersebut.

Namun, reaksi anak-anaknya membuatkan dia membatalkan niat tersebut kerana mereka tidak sanggup melihat adik-adik mereka melalui pengalaman pahit akibat perceraian.

“Saya kumpulkan Al, El dan Dul. Saya beritahu mereka saya mahu bercerai dengan Mami Mulan.

“Al hampir menangis, begitu juga Dul.

“Mereka bukan sedih sebab saya nak cerai dengan Mulan, tapi mereka tak sanggup tengok Safeea dan Ali jadi mangsa perceraian,” katanya.

Dalam masa sama, Ahmad Dhani turut mengakui perubahan sikap Mulan Jameela menjadi antara faktor dia membatalkan hasrat untuk berpisah.

“Mulan sedar bagaimana untuk kembali menjadi seorang perempuan.

“Sebelum ini dia agak memberontak, tapi sekarang dia kembali kepada fitrahnya,” katanya.

 

Sumber: Podcast Taulany TV

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

Must Watch Video

Advertisement