Laman Utama
#NakCakapSikit: Nabila Razali Ada Aura, Sebab Itu Korang Masih Bercakap Fasal Dia!
Walaupun Anugerah Juara Lagu (AJL) 35 sudah tiga hari berlalu, tapi masih ramai lagi yang belum berhenti bercakap tentang penyanyi cantik manis, Nabila Razali.
Malah yang lebih teruk dan menyedihkan sikap segelintir netizen yang mengeji dan mengutuk macam diri mereka sempurna sangat!
Bayangkan #NakCakapSikit pun sakit hati membacanya..apatah lagi tuan punya badan. Tapi yang bagusnya Nabila Razali, dia berhati kental. Tidak sikit pun dia mempedulikan kata nista warganet.
Bagus Nabila…Yang penting awak sudah berusaha sehabis baik dan menghabiskan persembahan walaupun menyedari ada yang tidak kena.
Mengikuti perkembangan Nabila, #NakCakapSikit rasa penyanyi popular dengan lagu Cemburu ini antara produk Akademi Fantasia (AF) yang berjaya.
Dan selepas itu Pematah Hati, Vroom-Vroom dan Peluang Kedua juga mendapat tempat di hati peminat. Berpuluh juta tontonan di Youtube tidak termasuk yang distrim lagi…
Berpijaklah di bumi nyata yang kita semua berada pada zaman populariti datang dulu bukan lagi bakat. Ya, bunyinya agak kejam untuk industri hiburan kita tetapi itulah hakikat yang pahit untuk ditelan.
Nabila? Dia ada aura tersendiri! Kau kutuk, hina dan caci dia sekalipun dia tetap teguh berdiri sehingga hari ini. Bukan sekali dia dikecam teruk-teruk.
Cuma satu pesan #NakCakapSikit kepada Nabila…Jangan mengalah dan teruslah perbaiki diri. Jadikan nasihat penyanyi senior sebagai panduan dan kekuatan.
Pasanglah perisai dari sekarang, supaya kekecewaan tidak berulang. Jangan malu menimba ilmu dan apabila sudah cukup bersedia kembalilah dengan kegemilangan.
Nabila, pilihan di tangan awak! Nabila masih muda, banyak lagi masa untuk explore dan baiki mana-mana yang patut...
Pssttt...#NakCakapSikit, kami kagum sikap positif Nabila, tentera bawang...sorry! Korang kalah dengan positiviti Nabila! Boo~
Must-Watch Video