Gara-gara drama bersiri adaptasi novelis terkenal Siti Rosmizah berjudul Jangan Menangis Cinta, nama aktor kacak Remy Ishak menjadi sohor kini di laman sosial Twitter.

Menerusi ciapan yang ditulis oleh peminatnya, ramai sudah tidak sabar menantikan drama gandingan bersama aktres jelita Amyra Rosli yang bakal bersiaran bermula malam ini di slot megadrama.

Jangan Menangis Cinta mengisahkan perkahwinan yang dirancang antara Riyana (Amyra Rosli) dan Zafran (Remy Ishak) membuatkan mereka saling jatuh cinta selepas Riyana didapati berbadan dua. Namun perkahwinan mereka duji apabila anak yang lahir kurang upaya.

Hasil garapan sutradara Raja Mukhriz, drama ini turut dibintangi barisan pelakon Halim Radzi, Rita Nadira, Hawra, Kiah Propa, Dato Hilal Azman, Atilia Haron dan ramai lagi.

Di laman Twitter, kemunculan Remy cukup dinanti-nantikan oleh peminatnya.

“Drama Jangan Menangis Cinta tu mcm best jee dahlah Amyra Rosli dengan Remy Ishak,” komen seorang wargamaya.

“Yeay Remy Ishak ada drama baru this 21hb, excited!” kata seorang wargamaya.

“Akan ku tonton team khuzairi dengan Amyra Rosli, Remy Ishak jelah,” ujar seorang wargamaya.

“Jangan Menangis Cinta ada drama wehhh. Dah la Amyra Rosli dan Remy Ishak. Novel dia sedih nak mampos macam kene dera aku nangis,” luah seorang wargamaya lagi.

Jangan ketinggalan menonton drama bersiri Jangan Menangis Lagi di slot Megadrama pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria.