gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Erma Fatima Nampak Bakat Lakonan Puteri Balqis Sejak Usia 6 Tahun - “Saya Rasa Dia Ini Lahir-Lahir…”
BERITA
Limau Mandarin, Kurma Turut Dikecualikan SST Mulai 1 Julai
HIBURAN
“Boleh Je WhatsApp” – Fattah Amin Dah Ada Tarikh Nak Bawa Fatima Ke Disneyland
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Namie SMY Masih ‘Bersih’ Daripada Kontroversi - “Mana-Mana Kita Pergi Mesti Ada Orang Yang Jealous Tapi…”

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
19/02/2023
08:50 MYT
Sponsor Banner
Namie SMY Masih ‘Bersih’ Daripada Kontroversi  - “Mana-Mana Kita Pergi Mesti Ada Orang Yang Jealous Tapi…”
Baharu setahun jagung dalam industri seni, pelawak dan penyampai radio ERA FM Namie SMY melahirkan rasa syukur namanya masih lagi bersih daripada sebarang kontroversi.
Menyedari pasti akan ada pihak cuba menganggu kebahagian rumah tangganya, Namie memberitahu dia sentiasa memikirkan isteri dan anak-anak sebelum melakukan sesuatu perkara.
“Alhamdulillah, nama saya masih bersih dan tak ada apa-apa isu atau pun kontroversi. Kena tengok macam mana saya jaga isteri dan macam mana isteri jaga saya.
“Itulah kunci utamanya… mana-mana kita pergi mesti ada orang yang jealous, nak porak-perandakan kita tapi saya dan isteri saling mempercayai satu sama lain.
“Setiap kali saya nak lakukan sesuatu, dulu masa bujang, fikirkan mak ayah tapi sekarang dah bertambah, saya fikirkan anak-anak. Kalau sesuatu buruk saya lakukan, anak-anak saya mungkin ikut.
“Saya dah terbayangkan kalau anak-anak saya buat perkara buruk, apa yang saya akan rasa. Sebab itu saya ada batu sempadan untuk halang lakukan benda buruk, Insya-Allah,” katanya kepada Gempak.
Namie ditemui ketika sidang media rancangan komedi UBI SUPERSTAR LIVE yang diadakan di Mighty Monster MyTOWN, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Untuk rekod, ahli kumpulan lawak UBI ini mendirikan rumah tangga dengan Izzatul pada Mei 2021 dan pasangan itu dikurniakan cahaya mata bernama Ivy Alisa pada Mac tahun lalu.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
#Namie
#Isteri Namie
#Namie SMY
#Namie bersih
#Namie kontroversi
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement