Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza memuji golongan usahawan yang sentiasa menyokong antara satu sama lain untuk berjaya.
Beliau berkata menjadi sesuatu perkara yang positif untuk saling membantu dalam memastikan setiap orang yang menceburkan diri dalam perniagaan terus berada di landasan yang betul.
"Tahniah saya ucapkan kepada semua usahawan Richworks Group yang menjadi inspirasi kepada usahawan di luar sana. Dr Azizan juga insan yang disayangi ramai.
"Ketika sampai tadi saya nampak deretan kereta mewah tersusun, Mas ya-Allah. Hebat belaka semuanya," katanya ketika muncul membuat persembahan di Majlis Jamuan Aidilfitri Usahawan Jutawan Richworks 2022 di Setia City Convention Centre, Shah Alam baru-baru ini.
Siti Nurhaliza juga seronok melihat golongan usahawan yang sentiasa bersedia berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan.
Pelantun lagu Cindai itu juga berkongsi rasa bangga apabila anak dan menantunya iaitu Asyraf Khalid serta Tya Arifin antara usahawan bimbingan Richworks yang berjaya dengan produk mereka.
"Dr. pernah datang ke rumah dan berkongsi pengalaman dengan kami. Lebih bermakna apabila anakanda saya Asyraf dan Tya menjadi antara result yang nyata dan berada dalam kelompok titan.
"Pastinya, ayahanda Datuk K sangat gembira dengan pencapaian mereka hasil bimbingan Dr Azizan. Terbaru Aazief juga sudah sertai jadi harap dia juga berjaya dan bukan main-main," katanya berceloteh.
Pada majlis itu, Siti Nurhaliza turut berjaya menjemput Datuk Wira Dr Azizan Osman naik ke pentas dna berduet lagu Widuri dengannya.
Siti Nurhaliza turut sempat mengusik golongan usahawan bergelar suami agar sentiasa memenuhi permintaan isteri untuk rezeki yang lebih luas.
Beliau menyampaikan lima lagu antaranya Sesuci Lebaran, Lip Lap Raya dan Nazam Lebaran.
Amri Hassan
Mon May 30 2022


sooka Serba Baharu Tawar Harga Menarik Serendah RM14.90 Sebulan!
Tawaran baru sooka ni memang menarik.
_3.png?ext=.png)
Netizen Sekolahkan Individu Merungut, Salahkan Pemotong Rumput Kotorkan Kereta Baru Basuh- “Tak Ada Adab & Empati Ke?”
Mungkin dia marah-marah manja
_5.png?ext=.png)
Sebak! Momen Anak Surprise Mak Ayah Balik Kampung Bikin Banjir Air Mata - "Selagi Mereka Ada, Ambil Berat..."
Hargai ibu bapa anda

Lagi 4 Bulan Nak Raya, Fasha Sandha Dah Siap Baju Untuk Keluarga! - "Saya Risau Terlepas ..."
Awal tak kalut!

Netizen ‘Busuk Hati’ Tengok Budak-Budak Mandi Di Area Air Pancut The Exchange TRX? Ini Jawapan Pihak Pengurusan
Boleh mandi ke tak?
_7.png?ext=.png)
Dipuji Visual Persembahan Kreatif, Nikki Palikat Dedah Minta Pertolongan Pereka Fesyen Melinda Looi
Patutlah cantik bajunya
GELAK 90 Saat (6) - Shuk & Iskandar juara minggu 6
Saksikan Final #Gelak90saat Jumaat 9 malam di Astro Warna & strim di Astro Go
SIAPA "ADIK MOHD" TU NAQIU? | POWERCAT X GV
Rupanya Naqiu selalu ada yang teman bila masuk studio. Dari start masuk sampai keluar pun dia ada je kat situ. Siapa tu?
BINTANG CUCKOO PALING GEMPAK MINGGU 10 - NAQIU
Naqiu menyamakan kedudukan sebagai pemenang terbanyak anugerah ini sebanyak 4 kali. Seronok dapat tilam baru. Bukan biasa-biasa tau, tengok harga la berapa.

Video After Party BCL & Tiko Tular, Netizen Zahirkan Rasa Gusar - “Ashraf Would Be Sad To See This…”
Ramai yang beri kritikan terhadap BCL dan Tiko