Nampak Macam Dr Noor Hisham Tapi Bukan! Jangan Terpedaya Dengan ‘Scammer’ Ini!
Jika sebelum ini pelatih pakar bedah, Dr Nur Amalina Che Bakri mendedahkan ada peniaga mengambil kesempatan menggunakan identitinya untuk melariskan produk suplemen, namun kini muncul lagi mangsa baru.
Hero negara, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdulla semalam, mendedahkan wajahnya telah disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab,
Perkara itu didedahkan menerusi satu posting di Facebooknya.
“Untuk makluman umum, Syarikat Kashi Mining ada menggunakan gambar saya dalam website mereka sebagai COO! Jelas ini adalah palsu,” katanya.
Menerusi pemantau Gempak di laman web berkenaan, wajah Dr Noor Hisham masih diguna pakai biarpun isu tersebut telah menjadi tumpuan ramai.
Menariknya nama Dr Noor Hisham ditukar kepada Aidan Razif.
Anda boleh lihat gamba di bawah.
Difahamkan, laman web tersebut mendakwa mereka adalah syarikat perlombongan batu permata dan memiliki kawasan lombong di Afrika.
Syarikat tersebut juga mendakwa mereka pernah memenangi anugerah dipercayai untuk memperdayakan orang ramai.