Hiburan
“Nampak Macam Lalala Tapi Sebenarnya Nervous Tau” – Erra Fazira
Pelakon Erra Fazira akui gementar ketika mengacarakan program MeleTOP bersama penyanyi Datuk Awie pada Selasa lalu.
Menceritakan pengalamannya menerusi entri di akaun Instagram (IG), Erra memberitahu tugasan tersebut bukanlah satu perkara yang mudah.
“Alhamdulillah... Tugasan selesai sebagai host jemputan @meletop bersama Datuk @awieofficial. Maaf andai ada salah silap. Tersasul ker. Malu I.
“Shhhhh jangan bagitahu orang yang tak tengok semalam okay. Nampak macam lalalala je. Tapi sebenarnya i nervous tahap gaban tau,” tulisnya.
Bagaimanapun Erra mengakui berasa seronok dan berterima kasih kepada pihak MeleTOP kerana memberikan kepercayaan kepadanya untuk menjadi hos sementara.
“Tapi apapun, saya berasa sangat seronok malam tadi dan berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagaian daripada program ini. Terima kasih @meletop di atas kepercayaan kalian,” tulisnya.
[[BACA: "Teringat Cerita Sembilu” – Peminat Tak Sabar Nak Tengok Awie Dan Erra Fazira]]A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on
Dalam pada itu, Erra juga menyatakan rasa terharu dengan kejutan yang dilakukan oleh peminat sempena hari jadinya selepas program tersebut tamat.
“Terima kasih juga buat sebahagian keluarga @bersamaerra yang hadir bagi sokongan semalam. Siap ada kejutan lagi yer. So sweet la korang ni.
“Sangat terharu dan bersyukur kerana punya keluarga besar @bersamaerra yang terus setia menyokong saya selama ini.
“Sayang kalian deep deep tauuuuuuu. Moga silaturahim antara kita terus kekal sampai penghujungnya.. amin. Love you all,” luahnya.
Foto: Instagram @meletop
Must-Watch Video