Pelakon Mawar Rashid membuat keputusan untuk tidak mengambil sebarang tawaran berlakon dalam tempoh kehamilan anak kedua ini.

Ketika dihubungi Gempak, Mawar menyatakan drama memerlukan komitmen yang lama justeru terpaksa ditolak.

"Untuk kehamilan kedua ni dah nampak sejak awal lagi apabila mengalami alahan yang teruk.

"Jadi saya buat keputusan untuk tak terima sebarang tawaran berlakon sebab memerlukan komitmen yang lama.

"Kalau untuk program televisyen saya akan pertimbangkan. Jika keadaan saya mengizinkan, saya tak ada masalah untuk terima," katanya.

Sebelum ini, Mawar mengumumkan dia kini sedang hamil anak kedua menerusi akaun Instagramnya.

BACA: "Kali Ni Alahan Teruk" - Mawar Rashid Hamil Lagi, Tak Sempat Buat Barbie Challenge

BACA: Tiga Kali Mawar Rashid Buat Pemeriksaan Baru Tau Hamil, "Dah Besar Pun Baby, Saya Yang Tak Perasan ..."



Dalam pada itu, pelakon drama TQ Captain akan menggunakan tahun 2020 ini dengan fokus kepada perniagaan.

"Nampaknya saya kena cuti lama dari berlakon. Tahun 2020 ini saya akan fokus kepada perniagaan saja sampai dah bersalin awal tahun depan.

"Perniagaan saya makin maju, tak menang tangan kami nak urus. Saya seronok tengok ramai yang berjaya selepas sertai kami," katanya lagi.

Mawar telah mendirikan rumah tangga bersama Raf Yaakob pada November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael pada Mac tahun lalu.