,
Laman Utama

Nana Mahazan Tampil Berhijab – “Terima Kasih Banyak-Banyak Kepada Yang Mendoakan…”

Fiza Kamarudin
15/08/2021
12:58 MYT
Penampilan Nana Mahazan mengenakan tudung ketika sesi IG Live petang tadi mencuri perhatian warga net.
Nana yang ketika itu sedang mempromosikan produk sambal sardinnya bersama suami Raqeem Brian turut ditanya mengenai imej terbarunya itu.
Menurut Nana dia niat untuk mengenakan hijab sudah lama bermain di fikiran malah pernah membincangkan tentang perkara tersebut bersama beberapa sahabat.
“Saya pernah bercakap tentang ini dengan teman-teman rapat sejak tahun lalu. Tapi bila saya sudah berhijab ni mereka pun tak tahu.
“Sebenarnya tak ada sesiapa pun tahu, termasuklah pihak production sebab saya tak share pun pasal benda ni.
Actually banyak benda nak share tapi saya tak tahu nak cakap macam mana. Kepada yang mendoakan saya, terima kasih banyak-banyak,” katanya sebak.
Dalam pada itu, menjawab pertanyaan peminat ketika IG Live tersebut, Nana berkata dia tidak keberatan untuk berkongsi mengenai penghijarahannya itu.
“Jujur proses perubahan saya ini memang ambil masa yang lama sebab macam-macamlah yang bermain di fikiran.
“Bagaimanapun saya masih belum sempurna, saya masih belajar. Doakanlah yang terbaik dan sama-sama kita saling mengingati.
Moving forward, saya juga akan perbaiki mana-mana kelemahan dan kekurangan pada diri ini dan saya masih lagi Nana yang dulu.
“Insya-Allah, masa akan datang saya akan kongsikan dengan anda semua,” katanya merendah diri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Angeline Tan Belum Dapat ‘Offer’ Berlakon Sejak Peluk Islam, Anggap Tiada Watak Yang Sesuai Dengan Imej - “Selama Saya Berada Dalam Industri, Tak Pernah Meminta…”

gempak
09/09/2024
09:25 MYT
Pelakon, Angeline Tan mendedahkan sehingga kini dia masih belum menerima sebarang tawaran berlakon selepas memeluk islam pada September lalu.
Hiburan

Raja Azura Sudah Berhijab - “Saya Lakukan Dengan Ikhlas…”

gempak
14/08/2024
21:55 MYT
"Jangan buat kerana nak kelihatan cantik, tapi lakukan kerana Allah," kata pengacara, Raja Azura, 52, mengenai keputusannya untuk berhijab selepas pulang mengerjakan ibadah haji, Julai lalu.
Hiburan

Peminat Sokong Jika Syasya Mahu Berhijab - “I Will Continue Supporting Her”

gempak
11/04/2024
12:27 MYT
Cantiknya Syasya bila berhijab. Doakan yang baik-baik tau.
Hiburan

Tiga Tahun Penghijrahan, Nana Mahazan Berdoa Supaya Kekal Istiqamah Berhijab

gempak
05/04/2024
02:55 MYT
Sempena bulan Ramadan, pengacara Nana Mahazan berkongsi pengalamannya setelah tiga tahun tampil mengenakan hijab.
Hiburan

Hormati Bulan Ramadan, Ara Johari Manis Bertudung - “Niat Itu Ada, Mohon Doakan Yang Baik-Baik”

gempak
19/03/2024
02:55 MYT
Doakan Ara yang baik baik ya.
Unitar