“Nanti Boleh Matching Baju Dengan Saya” - Mona Allen Pasang Impian Timang Anak, Mohon Doa Supaya…
Pelakon Mona Allen berkongsi hasrat untuk menimang cahaya mata selepas lebih tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Pekin Ibrahim.
Tidak berselindung soal pemeriksaan kesuburan, Mona turut menyuarakan impiannya untuk mendapat bayi perempuan.
"Tapi sebenarnya kami tak kisah pun lelaki atau perempuan.
“Cuma kalau dapat anak perempuan itu, bolehlah nanti saya matching-matching baju dengan dia," katanya.
Menurutnya, dia kini mendapatkan khidmat doktor pakar kesuburan yang sama seperti penyanyi Misha Omar iaitu Dr. Azrai Abu.
“Saya dan Misha mereka mahu memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai perkara ini,” katanya.
Terdahulu, Mona mendedahkan dia kini bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu.
Mona atau nama sebenarnya, Munna Hafiraneza Allen, 36, berkata, dia dan suaminya telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan kedua-duanya tidak mempunyai sebarang masalah kesuburan.
BACA: “Kami Dah Buat Pemeriksaan & Hasilnya…” - 3 Tahun Kahwin, Mona Allen Akhirnya Bersedia Jadi Ibu?