,
Laman Utama

"Nanti Di Akhirat Aku Balas Jasa Baik Semua"- Remy Ishak Minta Doakan Moga Dipermudah Urusan Di Dunia

Syafiqah Jalal
14/04/2023
04:51 MYT
"Nanti Di Akhirat Aku Balas Jasa Baik Semua"- Remy Ishak Minta Doakan Moga Dipermudah Urusan Di Dunia
Aktor sasa, Remy Ishak bersyukur di atas ulang tahun kelahirannya baru-baru ini yang mencecah usia 41 tahun.
Sempena hari jadinya itu dia meminta agar urusan perjalan hidup di dunia dipermudah selepas mengakui sudah menempuh pelbagai perkara selama ini.
"Alhamdulillah.. macam-macam dah aku tempuh ni, moga di usia 29 (guraunya) tahun ni Allah mudahkan sedikit perjalanan dunia ni buat aku.
"Korang semua doakan la yg baik-baik untuk aku ye. Nanti di akhirat aku balas jasa baik korang semua. Insya-Allah," katanya.
Ucapan itu diberikan khas dalam satu kemas kini yang ditulis Remy menerusi kapsyen di Instagram.
Menerusi hantaran itu, dia memuat naik foto bersama semua pelakon kru penggambaran siri Hijrah Jannah yang menyambut hari jadinya.
Kemas kini itu juga mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata lucu dengan gurauan umurnya yang dianggap terlalu muda jauh dari usianya.
Tidak kurang juga telah menerima banyak ucapan hari jadi buat aktor berkenaan.
"29 ke 41? Tak baik bulan puasa menipu haha," komen salah seorang pengikutnya.
"Bestnya setiap kali birthday 29, macam filem Remy 29 Februari," kata salah seorang netizen.
Remy bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi bersama isterinya Ezza Yusof selepas mereka mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Unitar