Gaya Hidup

"Nanti Dia Bagi Kepom Tak Datang Bulan" - Kongsi Masakan Sup Cendawan, Netizen Usik Elly Mazlein & Suami

gempak
Badrul Hashim
19/02/2020
08:44 MYT
Sponsor Banner
"Nanti Dia Bagi Kepom Tak Datang Bulan" - Kongsi Masakan Sup Cendawan, Netizen Usik Elly Mazlein & Suami
Pelakon, penyanyi dan pengacara Elly Mazlein sememangnya terkenal dengan gaya manja dan suka bergurau. Apatah lagi dengan pengikut-pengikutnya di media sosial terutamanya di Instagram.
Elly yang baru sahaja mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama pasangannnya, Mohamad Azlan Che Nuh pada Januari lalu pastinya sedang menikmati saat-saat bahagia menjadi seorang isteri.
Dalam satu entri di Instagramnya, Elly memuat naik masakan sup cendawan yang di masak untuk suami tersayang. Kalau dilihat, ianya seperti berkongsi masakan sahaja, tetapi kepsyen yang ditulis Elly membuat netizen menjadikannya bahan usikan.
"Awak rasa sup cendawan pemalu ni suami kepom bagi berapa bulan?
"Ada yang cakap kepom tak dapat bulan langsung, betoi ke? Moga suami sayang," tulis Elly pada entri tersebut.
Komen-komen yang ditinggalkan netizen biarpun dalam nada mengusik, tetapi mengharapkan agar ada rezeki untuk Elly mempunyai cahaya mata lagi.
Elly Mazlein mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia, hasil perkahwinannya yang terdahulu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024