Umum mengetahui, filem Spider-Man No Way Home sedang rancak ditayangkan di seluruh pawagam tempatan.

Ramai yang tidak sabar untuk menyaksikan apakah plot twist dan cerita yang ingin dipersembahkan oleh pengarah menerusi filem ketiga lakonan Tom Holland dan Zendaya itu.

Justeru, tidak hairan jika ramai yang berpesan supaya tidak membocorkan jalan cerita atau merakam sebarang babak yang ditonton dalam panggung wayang.

Namun, pesanan tersebut nampaknya seperti tidak dihiraukan oleh seorang individu yang memuat naik dua Instagram Story yang mengandungi babak penting dalam filem berkenaan.

Selepas viral di platform Twitter, pihak GSC mengambil kesempatan membalas ciapan yang tular itu sambil memberitahu bahawa laporan telah dibuat kepada Sony Pictures, iaitu rumah produksi filem Spider-Man No Way Home.



“Hi bestie yang rekod ig story. Bangga eh? Takpe ye dah screenshot dah. Ada receipt. Dah bagi tau Sony Pictures.

“Nanti kalau ada legal action taken jangan menangis. Bye bestie,” tulis akaun rasmi GSC Cinema Malaysia.

Dalam pada itu, pihak GSC sempat memberi nasihat supaya menghormati hasil kerja keras orang lain.

“Pandai jugak stay for post credit scenes. Yang banyak-banyak nama on the credits tu semua manusia tau. Thousands of people. Working on this movie.

“The least you can do is respect the film, respect the people!” tulisnya.