Berita
"Nantikan!" - Ditanya Mengenai Tarikh Perkahwinan, Ini Komen Aiman Hakim & Zahirah Macwilson
Pasangan selebriti Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson berharap agar orang ramai dapat menantikan pengumuman mengenai tarikh perkahwinan mereka.
Menurut Aiman, dia mahu Zahirah memberi fokus kepada kerjaya dan berharap agar orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat mereka.
"Nantikan! Saya mahu dia fokus dahulu pada kerjayanya dan memberikan kebebasan kepada dia dahulu.
"Saya berharap agar orang ramai dapat doakan yang baik-baik dan terima kasih kerana memberi sokongan kepada kami," katanya.
Sementara itu, Zahirah turut bersyukur apabila hubungan yang dijalinkan oleh mereka dapat diterima oleh orang ramai.
"Nantikan juga. Terima kasih kepada orang ramai, kawan-kawan dan keluarga yang turut memberi sokongan.
"Kami cuma menjadi diri sendiri dan itu bagi saya amat penting dalam sesebuah hubungan," katanya kepada HLive.
Pada bulan Jun lalu, Aiman dan Zahirah telah mengikat tali pertunangan apabila masing-masing telah berkongsi gambar majlis yang berlangsung di akaun media sosial masing-masing.
Difahamkan, Aiman dan Zahirah bakal mengumumkan tarikh pernikahan mereka kepada umum pada satu majlis sidang media yang akan diadakan Khamis ini.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Must-Watch Video