Skip to main content

Antarabangsa

Penculik YouTuber Sutak Terima Tempoh Penahanan Lebih Ringan, Mahkamah Nilai Penjemayah Berisiko Rendah

Penculik YouTuber Sutak Terima Tempoh Penahanan Lebih Ringan, Mahkamah Nilai Penjemayah Berisiko Rendah

Sekilas

  • Mahkamah Rayuan Seoul mengurangkan hukuman penjara tiga individu yang didakwa menculik dan cuba membunuh YouTuber Korea Selatan, Sutak.
  • Peniaga kereta terpakai A dan rakannya B menerima pengurangan hukuman daripada 30 dan 25 tahun kepada 15 dan 12 tahun masing-masing, manakala tertuduh C dikurangkan dari 5 ke 2 tahun penjara.
  • Kesalahan berlaku selepas Sutak diculik dan dipukul, dengan motif rompakan berkaitan pembelian SUV mewah, namun mangsa masih menolak pampasan wang yang ditawarkan.
Advertisement

Sekumpulan individu yang didakwa menculik dan cuba membunuh YouTuber terkenal Korea Selatan, Sutak, menerima hukuman lebih ringan selepas Mahkamah Rayuan mengurangkan tempoh pemenjaraan mereka.

Mahkamah Tinggi Seoul Cawangan Incheon, Bahagian Jenayah 1, pada 27 Oktober meminda hukuman terhadap tiga individu yang terlibat dalam kes berkenaan.

Advertisement

Peniaga kereta terpakai, A, 26, yang sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 30 tahun, kini dihukum penjara 15 tahun. Sementara itu, rakannya, B, 24, menerima hukuman penjara 12 tahun berbanding 25 tahun sebelum ini.

Seorang lagi tertuduh, C, 37, yang didakwa bersubahat dalam kes rompakan berat, pula menerima hukuman penjara dua tahun selepas hukuman asal lima tahun dikurangkan, lapor AllKPop.

Mahkamah sebelum ini menyifatkan perbuatan ketiga-tiga tertuduh merupakan jenayah serius berdasarkan motif, cara pelaksanaan serta tahap kecederaan yang dialami mangsa.

Advertisement

Mahkamah turut memaklumkan Sutak masih belum memaafkan mereka dan menuntut hukuman berat dikenakan terhadap kesemua tertuduh.

Bagaimanapun, mahkamah berpandangan hukuman asal yang dijatuhkan agak berat jika dibandingkan dengan tahap kesalahan yang dilakukan.

Keputusan itu turut mengambil kira hasil penilaian hukuman yang mendapati risiko tertuduh mengulangi kesalahan berada pada tahap rendah hingga sederhana.

Menurut laporan, Sutok telah diculik sekitar pukul 10.40 malam pada 26 Oktober 2025 di tempat letak kereta bawah tanah sebuah kompleks pangsapuri di Songdo International City, Yeonsu-gu, Incheon.

Pada insiden yang berlaku, A dan B didakwa memaksa Sutak masuk ke dalam sebuah kenderaan sebelum menculik dan cuba membunuh YouTuber berkenaan.

Mangsa dilaporkan dipukul sebanyak 10 kali sebelum kedua-dua tertuduh memandu sejauh kira-kira 200 kilometer ke sebuah kawasan parkir di tanah perkuburan awam di daerah Geumsan, wilayah Chungcheong Selatan.

Bagaimanapun, tindakan mereka terbongkar apabila pihak polis tiba di lokasi susulan menerima laporan mengenai kejadian tersebut, sebelum menahan kedua-duanya.

Siasatan mendapati A merancang untuk merompak dan membunuh Sutak selepas mangsa menuntut pemulangan wang pendahuluan bagi pembelian sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah yang telah dipersetujui sebelum ini.

Dalam prosiding rayuan, mahkamah turut mempertimbangkan rekod jenayah tertuduh, keadaan keluarga serta penilaian risiko mereka mengulangi kesalahan.

B juga dilaporkan mendepositkan wang sebanyak 10 juta won Korea Selatan (kira-kira AS$7,540) kepada mahkamah sebagai usaha memberikan pampasan kepada mangsa.
Bagaimanapun, Sutak menolak wang berkenaan.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement