Laman Utama

“Nasihat Saya Kepada Yang Belum Kahwin Lagi…”- Neelofa Kongsi Pengalaman 2 Tahun Berkahwin

gempak
Syafiqah Jalal
02/04/2023
05:19 MYT
Sponsor Banner
“Nasihat Saya Kepada Yang Belum Kahwin Lagi…”- Neelofa Kongsi Pengalaman 2 Tahun Berkahwin
Pelakon Neelofa Mohd Noor akui banyak perkara baharu yang dipelajari selepas bergelar isteri selama dua tahun perkahwinannya.
Neelofa ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama peminat di Hotel Marriot Putrajaya pada Sabtu memaklumkan, doa orang ramai juga banyak mengiringi perjalanan dia dan suami dalam mengendali bahtera perkahwinan.
“Sesiapa sahaja yang berkahwin, saya percaya semua mahukan agar ikatan dibina kekal diberkati.
“Benda paling berharga adalah doa supaya perkahwinan itu bahagia, rumah tangga mana yang tak mencabar,” katanya.
Meskipun baru dua tahun melayari bahtera bersama suaminya, Haris atau PU Riz namun ibu kepada Bilal itu sempat berkongsi nasihat kepada individu yang bakal mendirikan rumah tangga.
“Nasihat saya boleh kongsi untuk orang yang tidak berkahwin lagi, belajar apa hak seorang isteri kepada suami apa dan apa tanggungjawab isteri kepada suami. Ramai yang tak clear (jelas) mengenai itu.
“Sebenarnya Banyak benda yang digariskan dalam Islam tidak dipenuhi, mungkin itu antara sebab kurangnya respect (rasa hormat) dan tanggungjawab.
“Nak bagi tips belum lagi, kerana perkahwinan saya pun baru setahun jagung. Namun apa yang saya boleh kata, manisnya berkahwin bila kita hidup berpasangan, kita berkongsi bahagia.
“Tambahan bila dah ada anak, ada orang kita nak berkongsi masalah, itu manisnya sebuah perkahwinan,” akhirinya.
Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail pada 27 Mac 2021 dan memiliki seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Bilal Muhammad Haris yang kini berusia setahun tiga bulan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024