Ramai rakan selebriti memberi sokongan dan bersetuju dengan pelawak Shuib yang mengambil tindakan terhadap netizen yang menyebarkan fitnah di laman sosial melibatkan dirinya dan arwah isteri, Siti Sarah.

Pelakon Zulin Aziz juga turut berharap netizen berhenti menyebarkan sesuatu yang tidak sahih dan tidak menuduh seseorang yang tidak dikenali secara peribadi di media sosial.

“Tolonglah jangan sesuka hati menulis, kongsi benda ikut perasaan dan jatuh fitnah ni. Kita tak kenal secara peribadi, kita cuma main agak-agak, main rasa… lepas itu kita tulis menuduh orang macam kita kenal dia siapa.

“Makin meniadi-jadi kat media sosial ni. Makin lama makin seronok menulis, komen, mencemuh orang. Tak boleh ke kalau tak suka, duk diam! Kenapa nak jadi manusia terpaling?

“Tak ada siapa paksa untuk kita suka pun, tak perlu pun nak komen apa-apa sebab kita siapa? Kita kenal pun tidak,” tegas Zulin.

Zulin turut berpesan agar semua orang lebih berhati-hati dan fikir dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan atau menyebarkan berita di laman sosial.

“Asal ada isu laju saja nak tulis apa-apa… dan nak jadi manusia terpaling, terawal… macam-macam fitnah keluar kat media sosial ini. Hati-hati sebelum bercakap dan menulis sesuatu. Fikir kesan dia, haih.

“Tak suka, diam sajalah. Tak payah fitnah, tak payah nak beritahu kau tak suka dan mengajak orang lain setuju sama. Tak ada motif sebab dia pun bukan kenal kau. Tak penting pun perasaan tak suka kau kat mana-mana pihak,” katanya.

Terdahulu, Shuib akhirnya bertentang mata dengan seorang pengguna media sosial yang disifatkan telah memfitnahnya menerusi satu hantaran si Facebook kurang 48 jam lalu.

Pertemuan santai Shuib dan penyebar tersebut, Zulhairi Abu Osman, 35, membuahkan hasil yang manis apabila

individu itu secara terbuka memohon maaf di atas tindakan keterlaluannya.

Bagaimanapun, Shuib tetap akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap seorang lagi penyebar fitnah yang dikenali sebagai John Dihani.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib Jadi Orang Terakhir Lihat Jenazah Siti Sarah & Nafi Ahli Freemason: “100% Salah"

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Maafkan Zulhairi, Shuib Bakal Buru Lagi Pengguna Media Sosial Biadab, Mahu Heret Ke Mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN: Penyebar Fitnah Shuib, Zulhari Minta Maaf: “Saya Khilaf, Saya Bertanggungjawab”