Adik kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, Tan Sri Mohamed Nazir dilaporkan telah sah menjadi suami kepada pilihan hatinya, Yati Zainuddin hari ini.

BERITA TRENDING: Nazir Razak Dedikasi Karya 'What's in a Name' Buat Ibu Tercinta, Tun Rahah

Perkara itu dikongsikan Nazir menerusi Instagram milik beliau.

"Saya telah berkahwin hari ini (Jumaat) bersama Yati Zainuddin.

"Hidup ini sangat di luar jangka. Kami dahulunya pernah berkawan ketika tahun 1980-an ketika sama-sama belajar di United Kingdom.

"Kemudiannya kami terpisah mengikut haluan hidup masing-masing, dia di New York selama 27 tahun.

"Saya pun tak pernah menyangka dipertemukan semula. Takdir membawa kami bersama, syukur kami dapat membina kehidupan bersama sebagai pasangan. Terima kasih Ya Allah atas peluang ini," tulis beliau.



Mengesahkan perkahwinan mereka, kata Nazir beliau akan mengambil sedikit ruang waktu untuk membalas setiap ucapan dan doa yang dikirimkan kepada mereka satu-persatu.

"Kami melangsungkan pernikahan pada pagi ini (Jumaat). Terima kasih untuk semua ucapan, kami sangat teruja dan akan cuba membalas satu persatu," tambahnya.

BERITA TRENDING: Nazir Razak Kongsi Kisah Berjuang Dengan Kanser Prostat - "Saya Terus Berhenti..."

Terdahulu, Mohamed Nazir pernah mendirikan rumah tangga dengan Puan Sri Azlina Aziz dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Bagaimanapun, pasangan itu dilaporkan bercerai pada tahun ini.

PILIHAN PEMBACA: Adaptasi Filem, Nazir Razak Pilih Syafiq Kyle?

BERITA TRENDING: “Raya Kali Ini Saya Nervous Sebab…”- Nazir Razak Tak Dapat Bayangkan Beraya Tanpa Ibu Tersayang