Laman Utama
“Raya Kali Ini Saya Nervous Sebab…”- Nazir Razak Tak Dapat Bayangkan Beraya Tanpa Ibu Tersayang
Ibu adalah insan yang memberi makna dalam setiap langkah kehidupan seorang anak, tanpanya bagai tiada erti setiap hari yang ditempuhi.
Begitulah yang dapat dirasai oleh Tan Sri Nazir Razak sejak kehilangan ibundanya pada penghujung tahun 2020 yang lalu.
Menurut Nazir kehilangan insan tersayangnnya itu akan semakin dapat dirasai apabila sambutan Syawal kali ini. Ini kerana ia adalah merupakan kali pertama disambut selepas pemergiaan bundanya.
“Tahun ni saya sangat nervous sebab inilah raya pertama selepas bunda saya meninggal. Rasanya kami adik beradik akan menjadi kelam kelibut dan tak tahu bagaimana serta tak tahu macam mana nak buat (ubah rutin).
“Yelah kalau dulu setiap Hari Raya, bagun pagi kita akan pergi menzirahi makam perkuburan dan selepas itu menuju ke rumah ibu tapi kali ini tak tahu bagaimana lagi,” katanya.
Nazir yang kini merupakan Pengerusi Bank Pembangunan Malaysia (BPMB) itu bercakap kepada Gempak dalam satu sesi temu bual khas membicarakan mengenai naskah terbaharunya berjudul Di Sebalik Nama.
Tambah adik kepada Datuk Sri Najib Razak itu lagi momen yang paling dirindui adalah mencium tangan ibunya.
“Ibu orang yang paling penting, momen masa hari raya yang saya rinduilah adalah mencium tangannya di pagi Syawal,” kongsinya.
Selepas naskah ‘What’s In A Name’ laris terjual pada tahun lalu, Datuk Seri Nazir Razak muncul dengan bukunya dalam versi Bahasa Malaysia berjudul ‘Di Sebalik Nama’.
Terjemahan buku sulungnya yang mengisahkan tentang keluarganya dan bapanya yang merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua serta kerjaya dan jiwa Malaysia itu kini sudah mula berada di pasaran.
Buku versi bahasa Malaysia ditawarkan pada harga mesra pembaca iaitu RM49, manakala harga versi bahasa Inggeris ialah RM89.
Kedua-dua buku “Di Sebalik Nama” terbitan Alaf 21 dan “What’s in A Name” terbitan Whitefox boleh didapati di kedai-kedai buku berdekatan
Must-Watch Video