Laman Utama

Adaptasi Filem, Nazir Razak Pilih Syafiq Kyle?

Syafiqah Jalal
22/05/2022
13:14 MYT
Filem atau drama yang diadaptasi dari novel mahu pun buku sudah mula menjadi trend dalam dunia dunia seni tanah air.
Kebanyakkan filem adaptasi novel ini menjadi pilihan kerana meskipun pembacanya sudah tahu jalan cerita berkenaan, namun apabila ia dihidupkan dalam layar lebar ia bakal memberi keterujaan yang berbeza.
Bagi Pengerusi Bank Pembanggunan Malaysia (BPMB), Tan Sri Nazir Razak idea untuk mengfilemkan buku tulisannya berjudul Di Sebalik Nama belum terlintas di fikirannya sebelum ini.
Namun menerusi temu bual bersama Astro Gempak, beliau akui tidak menolak jika bukunya difilemkan suatu hari nanti.
Malah menariknya, nama aktor Syafiq Kyle menjadi sebutan dibibirnya untuk menjadi watak utama iaitu yang akan melakonkan karekter sebagai dirinya dalam filem itu nanti.
“Sebenarnya saya tak fikir pun lagi, tapi sekarang bila ditanya saya baru terfikirkannya. Hmm, kalau buat filem saya nak minta Syafiq Kyle jadi Nazir Razak.
“Dia tak handsome tapi boleh lah…,” jawabnya berseloroh kita ditanya.
Apabila ditanya apa yang membuatkan beliau memilih Syafiq, Nazir memberitahu kagum dengan lakonananya ketika menjadi cameo dalam drama One Cent Thief.
“Sebenarnya saya baru sahaja jumpa keika penggambaran baru-baru ini. Selepas mengenalinya baru saya mula muat naik klip lakonannya. Lakonan dia Nampak bagus,” pujinya.
Berkongsi pengalamannya pertama kali menjalani penggambaran drama, Nazir memberitahu ia satu pengalaman yang menyeronokkan.
“Saya seronok… Saya terkejut macam mana mereka buat filem. Saya punya kemunculan hanya dalam 30 saat sahaja tapi nak jayakan babak tu ambil masa dalam sejam lamanya.
“Mereka sangat detail dalam kerja saya seronok melihatnya,” kongsinya lagi.
One Cent Thief merupakan drama Astro Original yang menampilkan Syafiq sebagai pelakon utama dan bakal menemuni penonton tak lama lagi.
Selepas naskah ‘What’s In A Name’ laris terjual pada tahun lalu, Datuk Seri Nazir Razak muncul dengan bukunya dalam versi Bahasa Malaysia berjudul ‘Di Sebalik Nama’.
Terjemahan buku sulungnya yang mengisahkan tentang keluarganya dan bapanya yang merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua serta kerjaya dan jiwa Malaysia itu kini sudah mula berada di pasaran.
Buku versi bahasa Malaysia ditawarkan pada harga mesra pembaca iaitu RM49, manakala harga versi bahasa Inggeris ialah RM89.
Kedua-dua buku “Di Sebalik Nama” terbitan Alaf 21 dan “What’s in A Name” terbitan Whitefox boleh didapati di kedai-kedai buku berdekatan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.