,
Laman Utama

Nazrief Nazri Padam Video Rider Tunjuk Isyarat Lucah, Hormati Permohonan Maaf Keluarga Pelaku - "Dia Pula Duk Update IG Tegakkan ..."

Shahrin Zulkifle
01/07/2022
01:00 MYT
Ekoran video pelakon Nazrief Nazri yang diserang sepasang pasangan bermotorsikal sambil menunjukkan isyarat lucah kelmarin, hari ini pelakon itu menerima satu mesej dari seorang individu memohon maaf di atas kejadian itu.
Namun individu yang tampil bagi memohon maaf itu bukanlah pelaku yang sebenar, sebaliknya mendakwa dirinya ialah sepupu kepada pelaku tersebut.
“Assalamualaikum tuan, saya sepupu couple yang tuan viralkan tu, saya mohon maaf sangat-sangat di atas sikap mereka terhadap tuan.
“Tuan boleh ke tuan delete post tuan itu, ada apa-apa kerugian ke atas kenderaan tuan, saya boleh ganti, mohon maaf sekali lagi ya tuan,” tulis individu tersebut.
Menerima permohonan maaf itu secara terbuka, pelakon segak berusia 30 tahun itu turut bersetuju dengan permintaan indvidu berkenaan untuk memadamkan hantaran yang dimuat naiknya sebelum ini.
Dalam masa yang sama, Nazrief turut berang dengan pelaku sebenar kerana beterusan memuat naik beberapa perkongsian di laman Instagram individu itu berhubung insiden tempoh hari.
“Saya padam reels tu bukan sebab saya salah ye, tetapi ahli keluarga samseng itu minta maaf elok-elok untuk saya padam. Jadi saya padam.
“Yang si pelaku dok update ig story buat cerita nak tegakkan benang yang basah, lantak kau lah. Not my level,” tulis Nazrief.
Terdahulu, satu kejadian pada Isnin sepasang pasangan menaiki motorsikal telah mengejar kenderaan aktor itu selepas tindakan Nazrief membunyikan hon sebanyak dua kali kerana mereka tidak perasan lampu isyarat sudah bertukar hijau gara-gara terlalu rancak berborak.
Dalam kejadian yang sama lelaki terbabit telah menghampiri kenderaan Nazrief dan menunjukkan isyarat lucah menggunakan jari hantu sebelum mengetuk cermin kenderaan Nazrief.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Semoga Bebas Dari Ba** & Serangga Perosak” - Ulang Tahun Isteri, Nazrief Nazri Doa Tiada Penyondol Kacau Rumah Tangga

gempak
30/03/2023
07:45 MYT
Semoga dijauhi.
Terkini

Naskhah Adaptasi Antarabangsa, Drama Liar Penuh ‘Plot Twist’ & Bakal Buat Penonton Tak Senang Duduk

gempak
16/03/2023
04:30 MYT
Confirm best!
Laman Utama

"Saya Pernah Dapat Gambar K**ek Pagi-Pagi" - Tiz Zaqyah

gempak
06/07/2022
00:00 MYT
Takutnya dengar cerita Tiz Zaqyah
Laman Utama

Dimarahi Sambil Tunjuk Isyarat Lucah, Nazrief Nazri Bengang Diekori Samseng Jalanan - “Saya Hon Kali Kedua..”

gempak
28/06/2022
02:10 MYT
Hati-hati di atas jalan raya.
Laman Utama

"Anak Saya Bukan Macam Cicak" - Khatankan Bayi 2 Bulan, Nazrief Nazri Dapat Macam-Macam Soalan Lucu Netizen!

gempak
15/10/2021
04:45 MYT
Luculah soalan netizen ni...