,
Laman Utama

Neelofa, PU Haris, Lisa Surihani Doa Untuk Palestin

Awani
17/05/2021
11:00 MYT
Ketika dunia terkejut dengan tindakan kejam dan ganas rejim Zionis, golongan artis dan selebriti juga tidak ketinggalan membawa suara mereka menzahirkan sokongan kepada perjuangan Palestin.
Dalam sesi "Palestine: From Malaysia With Love bersama Tun Dr Mahathir Mohamad", malam tadi, rata-rata selebriti menyuarakan isi hati mereka terhadap apa yang berlaku.
Biarpun mungkin tidak sebesar mana, ia tetap dilihat punya nilai tersendiri, apatah lagi usaha menyampaikan dan menyebarkan kebenaran tentang Palestin.
Datin Lisa Surihani
Semoga Allah beri kita ilham dan kebijaksanaan untuk terus mendapatkan fakta yang betul tentang bagaimana kita boleh memberi impak kepada kepentingan Israel, untuk memberi tekanan diplomatik yang betul bagi membolehkan Palestin beroleh keamanan.
PU Haris Ismail
Apa yang kita mahukan ialah keamanan dan kesejahteraan untuk Palestin.
Saya harap rakyat Malaysia dapat sama-sama tadah tangan, berdoa, buat solat hajat dan baca Qunut Nazilah. Inilah perantara kita dengan Allah.
Antara waktu yang mujarab untuk berdoa adalah malam-malam awal Syawal, jadi kita gunakan masa ini untuk berdoa sebanyak mungkin untuk mereka.
Neelofa
Sekadar peringatan, orang Islam adalah saudara seagama kita. Apa yang terjadi di Palestin, kita kena rasakannya seolah-olah ia terjadi kepada kita sendiri.
Kalau kita lihat gambar dan video dan kita rasa geram, marah dan sedih, itu tandanya ada iman dalam hati kita.
Kita tak dituntut sertai perang di sana tapi kita boleh gunakan media sosial untuk lancarkan perang saraf dan kita kena guna medium ini dengan bijak.
Diana Amir
Kita perlu ikut jejak Nabi Muhammad SAW, ketika kita mengecam mereka, gunakan perkataan yang bijak dan bukan memaki hamun, tunjukkan kepada mereka kita adalah golongan yang berintelek.
Kita ada Allah, Allah sudah janji yang Palestin akan bebas satu hari nanti.
Ini masa ujian, Allah nak uji iman kita, siapa yang bersama Dia dan siapa pula yang berpura-pura dan munafik.
Ernie Zakri dan Syamel
Kami ucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan artis dan selebriti, kita bersama-sama dalam hal ini. Kita usaha yang terbaik dan mungkin ia nampak kecil tetapi inilah yang kita mampu.
Di Malaysia, tugas kita adalah sebar fakta yang mungkin masih ramai belum tahu dan tidak terdedah dengan info berkaitan Palestin dan Israel.
Jadi kita perlu laksanakan tugas ini dengan baik supaya semua orang di luar sana dapat rasa apa yang kita rasa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Adik Neelofa Bakal Timang Cahaya Mata Lelaki!

gempak
17/11/2024
08:55 MYT
Adik lelaki kepada pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa iaitu Mohamed Aqief bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Hiburan

“Amboi… META pun nak fitnah saya juga,” - Fazura

gempak
01/11/2024
00:55 MYT
Boleh dikatakan setiap hari pelakon dan usahawan Nur Fazura tidak akan terlepas berkongsi mengenai Palestin di setiap platform laman sosial miliknya.
Hiburan

Lisa Surihani Kongsi Foto Bersama Suami & Anak-Anak, Peminat Puji – “Natural Beauty, Anak-Anak Pun Comel”

gempak
25/10/2024
13:50 MYT
Aktres Lisa Surihani mencuri tumpuan ramai di media sosial baru-baru ini.
Hiburan

“Itu Tanggungjawab Semua Lelaki, Bukan Saya Sahaja” - Haris Ismail Komen Tentang Urusan Bil & Perbelanjaan Rumah

gempak
21/10/2024
21:55 MYT
Pendakwah selebriti dan usahawan, Haris Ismail menyifatkan tugas pembayaran bil serta perbelanjaan rumah adalah tanggungjawab semua lelaki.
Hiburan

“Rumah Tangga Saya Baru Setahun Jagung, Banyak Belajar Selepas Kahwin” - Neelofa

gempak
21/10/2024
06:32 MYT
Pelakon, Noor Neelofa mengakui dirinya masih tidak layak untuk berkongsi tip rumah tangga kerana menganggap usia perkahwinan yang dibina bersama suami, Hariz Ismail masih baharu.
Unitar