Nama selebriti sensasi Neelofa, 32, kekal menjadi panas gara-gara pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang dilakukan berulang kali.

Di laman Twitter, namanya menjadi perbualan netizen sehinggakan trending dengan 7,000 ciapan.



Rata-rata netizen menyifatkan Neelofa sudah tidak layak untuk diidolakan kerana menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat.

Malah, ada yang berasa kecewa melihat tindakan usahawan itu yang langsung tidak menjaga sensitiviti dan berharap agar hukuman setimpal diberikan.





Sebelum ini, Neelofa mencetuskan kontroversi lagi apabila dia dan keluarga didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri pada 13 Mei lalu.

Keluarga itu didakwa menyambut hari raya pertama bersama di sebuah rumah di Pinggir Zaaba, Taman Tun Dr Ismail di sini dan videonya tular di media sosial.

BACA: Viral Lagi! Netizen Upload Semula Video Neelofa Sambut Hari Raya Bersama Keluarga?

Susulan itu, Neelofa serta keluarganya hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfileds, semalam.

BACA: Isu Langgar SOP Aidilfitri, Neelofa & 10 Ahli Keluarga 2 Jam Beri Keterangan Kepada Polis