,
Laman Utama

“Negara Kita Sedang Dilanda Musibah Datuk. Mohon Simpan Gambar Percutian Dulu Yer” - Netizen Tegur Aliff Syukri

Izwan Isa
22/12/2021
04:50 MYT
Usahawan kosmetik popular, Datuk Aliff Syukri kini sedang menghabiskan masa bersama keluarganya dengan bercuti di Istanbul, Turki. Hal ini dapat dilihat menerusi perkongsian-perkongsian yang dihantar menerusi akaun Instagram peribadinya.
Menurut Aliff, impiannya dan keluarga untuk bercuti ke luar negara setelah dua tahun akhirnya tercapai dan dia memilih Turki kerana cuaca yang sejuk dan negara berkenaan menerima semua jenis vaksin.
Difahamkan kunjungan Aliff ke negara itu turut disertai lebih daripada 30 individu yang terdiri daripada kenalan dan juga ahli keluarganya.
Begitupun, salah satu perkongsian Aliff baru-baru ini mencetuskan sindiran dalam kalangan pengikutnya apabila dia dilihat tidak sensitif terhadap keadaan Malaysia yang sedang menghadap musibah banjir.
Menerusi hantaran tersebut, Aliff berkongsi gambarnya ketika berada di sana dan meminta pengikut meneka berapa umurnya.
“Asalammualaikum.. kat sini jam 9 pagi.. awak rasa umur saya macam berapa?”
Begitupun, menerusi ruangan komen, ramai yang menyindir pertanyaan Aliff itu.
“Negara kita sedang dilanda musibah datuk. Mohon simpan gambar percutian dulu yer… Maaf atas teguran,” balas seorang pengikutnya.
“Jabatan netizen sibuk tolong mangsa banjir… takda masa nak fikir umut datuk. Nanti-nantilah fikir ye…” tulis seorang lagi pengikutnya.
Dalam pada itu, ada juga yang meluahkan rasa tidak dapat berfikir memandangkan dirinya turut terkesan dengan musibah banjir.
“Waalaikumsalam entahlah awak, saya dah tak boleh fikir umur awak, saya tengah fikir macam mana nak balik rumah saya tengah banjir, baik awak fikir macam mana keadaan di Selangor ni, bukan fikir pasal umur awak,” tulisnya.
Sebelum ini, Aliff turut memuat naik video yang memaparkan kemusnahan resotnya iaitu Sugeh Eco Resort yang terletak di Janda Baik, Pahang.
Sungguhpun bersedih dengan kejadian berkenaan, namun, Aliff memberi kelonggaran kepada pengunjung untuk menunda tarikh percutian selain membantu mereka yang sedang terkandas di sana.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ada Sebab Watie Lebih Suka Bercuti Bawa Anak-Anak - “Mummy Pula Hati Tisu, Dapat Mesej Begini Pagi-Pagi…”

gempak
17/09/2024
03:20 MYT
Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah mempunyai sebab tertentu lebih gemar bercuti sambil membawa anak-anak.
Viral

Impian Jadi Kenyataan, Isteri Aliff Syukri Hadiahkan Ferrari Sempena Ulang Tahun Ke-17 Perkahwinan

gempak
17/08/2024
08:55 MYT
Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini berkongsi perkhabaran gembira di mana dirinya dihadiahkan kereta mewah jenis Ferrari oleh isterinya, Datin Seri Shahida.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Tangan Seluk Poket, Tak Pakai Cermin Mata Khas, Atlet Turki Usia 51 Tahun Ini Raih Perhatian Netizen

gempak
01/08/2024
03:31 MYT
Seorang atlet acara menembak dari Turki, Yusuf Dikeç meraih perhatian gara-gara gaya bersahajanya ketika di lapangan tembak.
Hiburan

Didakwa Bercuti Ke Bali Bersama Meerqeen, Ameera Khan; “Saya Ada Teman Lelaki… Shut Your Mouth!”

gempak
30/07/2024
10:25 MYT
Pempengaruh media sosial Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan tampil memberi respons terhadap dakwaan dia bercuti di pusat peranginan Bali bersama aktor, Meerqeen.
Hiburan

Banjir Di Rumah Penampang Sudah Surut, Stacy Syukur Keluarga Selamat - "Ini Paling Teruk Sebab..."

gempak
02/07/2024
07:55 MYT
Penyanyi Stacy berkongsi perkembangan mengenai situasi dan keadaan rumah keluarganya di Penampang yang dilanda banjir.