Nekad 'Larikan ' Bayi Pramatang Berusia 17 Hari
Gempak
27/10/2024 11:55 MYT
27/10/2024 11:55 MYT
Ia sememangnya ajaib.
BERITA BERKAITAN: Pelajar Malaysia Dihukum Penjara Seumur Hidup, Bunuh Bayi Sendiri Di UK
BERITA BERKAITAN: Yaana Lee Bakal Sambut Bayi Perempuan Ketiga, Dedah Impi Mahu Anak Lelaki – “Awal-Awal Sedih Juga Sebab…
BERITA BERKAITAN: Kak Lina Sebak, Santuni Adik Alisa Umairah Hidap Kanser Mata - "Bila Tengok Gambar, Ya Allah..."
BERITA BERKAITAN: Raya Ilya Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Seberat 4.7KG, Beri Nama Royal Abraham - “Alhamdulillah Kami Sihat Sahaja”
Seorang bayi pramatang yang 'dilarikan' kedua-dua ibu bapanya dari sebum hospital di Paris ditemui masih hidup di sebuah hotel di Amsterdam pada Jumaat, empat hari selepas kehilangannya hingga mencetuskan operasi rentas sempadan.
"Bayi digelar Santiago itu kini dimasukkan semula ke hospital di Belanda memandangkan masih memerlukan penjagaan rapi.
"Kami telah menahan seorang lelaki dan wanita kerana menculik bayi pramatang itu," kata Ketua Pendakwa Raya di jabatan Seine-Saint-Denis di utara Paris, Eric Mathais.
Difahamkan, Santiago berusia 17 hari ketika ibu bapanya bertindak melarikannya dari unit neonatal di Hospital Robert Ballanger di Aulnay-sous-Bois di timur laut Paris pada awal minggu lalu.
Seramai tiga suspek termasuk seorang wanita yang ada kaitan dengan kedua-dua ibu bapa Santiago turut ditahan pada Selasa lalu selepas mereka dipercayai bersubahat untuk membawa lari bayi berkenaan ke Belgium.
Motif sebenar tindakan itu tidak diketahui, namun siasatan awal mendapati ibunya yang berusia 25 tahun dan bapanya berumur 24 tahun mungkin bimbang jika mereka hilang hak penjagaan ke atas Santiago.