,
Laman Utama

Nenek Dah Minta Bawa BF Baru Balik Rumah, Shila Amzah; “Saya Tiada Siapa-Siapa Lagi..”

Azwa Rahman
11/07/2022
18:49 MYT
Tidak sampai enam bulan penyanyi Shila Amzah mengumumkan sudah bercerai dengan suaminya, nenek kepada pelantun lagu Patah Seribu itu nampaknya sudah meminta cucunya membawa pulang teman lelaki baru.
Perkara itu dikongsi oleh Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 31, di laman Instagramnya pada Ahad.
Menurut Shila, itu masalah biasa yang dialami oleh para wanita bujang setiap kali pulang ke kampung pada musim perayaan.
“Nenek saya terus meminta saya untuk membawa pulang teman lelaki baru apabila saya tidak ada siapa-siapa lagi,” tulis Shila.
Hantaran tersebut turut disertakan dengan sekeping swafoto dirinya menongkat dagu seolah-olah sedang memikirkan permintaan neneknya itu.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya turut berkongsi mereka menghadapi soalan yang sama setiap kali pulang beraya di kampung.
Tidak kurang juga ada yang mengusik Shila dengan menawarkan diri mereka sendiri sebagai calon teman lelaki untuk dibawa pulang.
“Selalu kena. Lepas ni standby skrip nak jawab apa,” komen seorang wargamaya.
“Shila lawa. All the best Shila. Yang terbaik terhad, percayalah jodoh di tangan Tuhan,” ujar seorang wargamaya.
“Shila jawab Insha-Allah esok nek,” usik seorang wargamaya.
“Saya calon diri,” tulis seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir ribuan tanda suka daripada pengikutnya.
Sekadar info, Shila mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya Haris Idraki Elias, pada 8 Februari lalu.
Shila dan Haris mendirikan rumah tangga pada April 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini berusia setahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Isu Penderaan Dipandang Remeh, Shila Amzah; “Ini Bukan Tentang Jantina, Lelaki Atau Perempuan…”

gempak
31/10/2024
06:25 MYT
Penyanyi Shila Amzah menjelaskan perkongsiannya mengenai masalah trauma yang pernah dihadapinya hanya untuk memberi kesedaran kepada orang yang mengalami penderaan sebelum berkahwin.
Hiburan

Kongsi Gambar Mata Lebam, Shila Amzah Dedah ‘Penang’ Pernah Buat Dirinya Trauma - “Ubai Tahu Segala-Galanya…”

gempak
29/10/2024
21:55 MYT
Penyanyi Shila Amzah mengimbau kembali trauma yang pernah menghantuinya sejak lebih 10 tahun lalu.
Hiburan

Harga Mikrofon Pertama Shila Amzah Sama Seperti Beli Kereta Malaysia - “Macam Inilah, Mungkin Boleh Dapat…”

gempak
06/10/2024
04:55 MYT
Perkongsian video di akaun TikTok Shilalas_united menarik perhatian apabila penyanyi Shila Amzah menunjukkan mikrofon berwarna ungu yang dibelinya mempunyai nama dan logo kelab peminat.
Hiburan

Dilihat Tersenyum Bahagia, Shila Amzah & Keluarga Kembali Bersatu Di Majlis Akikah Anak

gempak
29/09/2024
05:55 MYT
Kemelut antara penyanyi Shila Amzah dan ibunya iaitu Fauziah Sarman sudah berakhir apabila mereka dilihat bersama dalam perkongsian foto di Instastory.
Hiburan

Nyanyian Perfect, Peminat Tak Percaya Shila Amzah Cuak! - "Jumpa Final Sajalah Kalau Macam Ni"

gempak
16/09/2024
00:50 MYT
Menerusi video yang dikongsikan penyanyi tersebut,rata-rata peminat memuji nyanyian bersahaja Shila yang mendendangkan lagu To Love You More nyanyian asal Celine Dion.
Unitar