Laman Utama

Netizen Berdebat Perlu Atau Tidak Kerajaan Isytihar Darurat Jika Cuaca Panas Melampau?

gempak
Izwan Isa
17/05/2023
00:50 MYT
Sponsor Banner
Netizen Berdebat Perlu Atau Tidak Kerajaan Isytihar Darurat Jika Cuaca Panas Melampau?
Keadaan cuaca yang panas membahang sejak akhir-akhir ini menyebabkan ramai dalam kalangan rakyat Malaysia mengeluh. Banyak aktiviti terganggu selain risiko strok haba juga meningkat.
Justeru, menerusi laporan Sinar Harian baru-baru ini, kerajaan bersedia untuk mengisytiharkan darurat berikutan cuaca panas melanda negara ini.
Namun, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara tersebut belum diputuskan buat masa ini.
"Kita sedang membuat pemantauan 24 jam sehari dan kalau ada darurat, pengumuman akan dibuat.
“Buat masa ini belum lagi," katanya menerusi sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) di bangunan Perdana Putra, di sini pada Selasa.
Menurutnya, Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara berhubung pengisytiharan darurat akan digunakan sekiranya cuaca panas melampau berterusan.
"Sekarang kerajaan mengambil langkah proaktif dan tidak lagi (langkah) berjaga-jaga di dalam menangani cuaca panas," katanya.
Meninjau platform Twitter, banyak komen mengenai cadangan tersebut ditinggalkan oleh netizen.
“Cuti kan budak sekolah. Keputusan harus dibuat cepat. Takyah nak terhegeh-hegeh sangat.”
“Tak payahlah darurat-darurat, banyak hutang nak kena bayar ni.”
“Elok awalkan waktu balik murid sekolah. Cuaca sekarang pukul 11 pagi pun dah bahang. Murid-murid sekolah balik pukul 2.10 petang agak berisiko, lagi-lagi mereka yg balik jalan kaki, naik basikal atau motor.”
Untuk rekod, antara langkah proaktif diambil oleh kerajaan untuk menangani masalah cuaca panas adalah kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) untuk melakukan pembenihan awan di tujuh empangan.
Ia melibatkan kawasan Sungai Muda, Sungai Kedah, Sungai Melaka, Sungai Kelantan, Sungai Klang, Sungai Bernam dan Sungai Similajau.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live