gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Fauziah Latiff Selektif Dalam Pemilihan Lagu - “Saya Sudah lama Tidak Rakam Single, Tapi…”
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Rina Nose Is Back! Tok Naz Naik Pentas, Ariel Fesol Menangis? Ini Momen Menarik Minggu Ketiga
VIRAL
Suami Kieda Crepe Buka Mulut Isu Isteri Jumpa Pelanggan Bagi Bad Review - “Saya Sendiri Yang Galakan”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Netizen ‘Bitter’ Nazrief Nazri Selalu Puji Isteri Cantik Di Media Sosial, Ini Respons Tuan Badan - “Suka Hati Aku La Nak…”

gempak
Asyikin Mayudin
12/05/2025
09:55 MYT
Sponsor Banner
Netizen ‘Bitter’ Nazrief Nazri Selalu Puji Isteri Cantik Di Media Sosial, Ini Respons Tuan Badan - “Suka Hati Aku La Nak…”
Sering memuji kecantikan isteri, Aizatul Aqma secara terbuka di media sosial, pelakon Nazrief Nazri enggan peduli dengan sesetengah netizen yang dilihat kurang senang dengan tindakannya itu.

Hak sebagai suami

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Mohamad Nazrief Mohamad Nazri ini menganggap dia mempunyai hak sebagai suami untuk memuji isterinya.
“Suka hati akulah nak puji isteri aku cantik. Isteri aku, bukan bini kau. Kalau kau tak rasa cantik, aku yang rasa cantik.

“Cantik tu subjektif kan? Yang kau nak ‘bitter’ sangat kenapa?” katanya.

Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian netizen yang bersetuju dengan pendapat Nazrief dan meminta pelakon itu mengabaikan kata-kata negatif.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ancaman Deepfake AI Wajah Artis Lebih Bahaya Daripada Mesej ‘Nakal’” - Nazrief Nazri

ARTIKEL BERKAITAN: “Semoga Bebas Dari Ba** & Serangga Perosak” - Ulang Tahun Isteri, Nazrief Nazri Doa Tiada Penyondol Kacau Rumah Tangga

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji kejelitaan dan kecantikkan rupa paras wajah Aizatul.
Sekadar info, Nazrief dan Aizatul telah mendirikan rumah tangga pada November 2019 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia 4 tahun.
Terdahulu, tindakan Nazrief yang sering memuji kecantikan Aizatul secara terbuka ternyata mendatangkan rasa kurang senang sesetengah pihak di media sosial.
Malah, ada yang menganggap Nazrief tidak perlu berbuat demikian yang secara terang-terangan menunjukkan rasa cintanya terhadap isteri.
Topic Berkaitan
#Netizen
#Nazrief Nazri
#Isteri
#Kecantikan
#Cantik
#Bitter
#Puji isteri
Must-Watch Video