,
Laman Utama

Netizen Dah Mula Speku Macam-Macam, Ruhainies & Mr E Okey Tak Tu?

Amri Hassan
17/06/2022
05:40 MYT
Pelakon jelita, Ruhainies, 29, enggan lagi menjaja kisah cinta dengan kekasih yang digelar Mr E kerana enggan peminat terlepas pandang perkembangan kerjaya seninya.
Bagi pemilik nama sebenar, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas itu, dia tidak kisah jika netizen mahu membuat pelbagai spekulasi mengenai status hubungannya dengan Mr E, ketika ini.
"Saya tidak mahu mengulas sama ada kami masih menjalinkan hubungan cinta atau sudah putus.
"Cukuplah dengan apa yang pernah dikongsikan pada peminat sebelum ini," katanya.
Ditanya adakah Mr E tidak kecewa melihat keakrabannya dengan pelakon Zul Ariffin menerusi beberapa rakaman video sebelum ini, Ruhainies mengakui, setiap apa yang dilakukan mengikut keputusan sendiri.
"Saya rapat dengan Zul sebagai sahabat dan rakan artis.
"Sebab itu, saya pilih Zul menjadi gimik dalam klip video malam berinai yang dimuat naik menerusi laman Instagram, sebelum ini," katanya.
Diasak soal perkahwinan, kata Ruhainies, dia tidak merancang berkahwin pada tahun ini.
"Saya mahu fokus mengukuhkan nama dalam kerjaya seni terlebih dahulu.
"Sebagai pelakon, saya tidak mahu dikenali sebagai pelakon drama sahaja kerana mahu mengembangkan kerjaya ke layar perak," katanya yang akan muncul dengan filem baharu, Musyrik - Api Neraka Menantimu!
Kongsi Ruhainies, dia menerima tawaran berlakon filem Musyrik - Api Neraka Menantimu! kerana mahu mencuba filem genre seram.
Menerusi filem arahan Arjin Uppal itu, Ruhainies bergandingan dengan Ashraf Muslim dan Aeril Zafrel selaku teraju utama.
"Saya seorang penakut, tetapi Arjin berjaya memujuk saya berlakon dalam filem seram ini.
"Saya bertuah bergandingan dengan pelakon berpengalaman seperti Ashraf dan Aeril dalam filem ini.
"Aeril banyak membantu memberi tunjuk ajar untuk saya menjiwai karakter Farah seperti tuntutan watak," katanya.
Filem Musyrik - Api Neraka Menantimu! terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd turut menampilkan barisan pelakon seperti Aishah Ilias, Qaseh Shuhada, Arwan Umar dan Neera Azizi.
Mengulas soal lakonan, Ruhainies berkata, dia berdepan cabaran ketika melakonkan babak Farah dirasuk dalam filem itu.
"Penggambaran filem ini banyak dilakukan pada waktu malam dan babak dirasuk dibuat pada jam 3.30 pagi.
"Mujur babak Farah dirasuk turut dibantu dengan elemen imej janaan komputer (CGI) untuk menghidupkan lagi karakter," katanya.
Filem Musyrik - Api Neraka Menantimu! mula menjengah pawagam seluruh Malaysia pada 7 Julai depan. Trailer rasmi filem disiarkan jam 6 petang pada 15 Jun lalu menerusi saluran YouTube/WhiteMerpatiMovies.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.