Sekali lagi, Jambatan Pulau Pinang menjadi sebutan dalam kalangan netizen apabila sepotong video yang memperlihatkan dua individu melakukan aksi tendang dan libasan kepada pengguna jalan raya lain tular di media sosial.

Menerusi video yang viral, penunggang motosikal dan penumpangnya dilihat cuba menenang penunggang lain jika ada yang cuba memotong.

Tidak cukup dengan itu, penumpang pada bahagian belakang juga dilihat cuba melibas penunggang lain dengan alat yang dipercayai sebagai tali.



Meninjau ruangan komen di platform X, ramai yang mengkritik tindakan dua individu tadi.

Namun, ada juga mendakwa yang penumpang motosikal itu merupakan orang kelainan upaya (OKU).