Netizen menzahirkan rasa kecewa menyasikan sepotong rakaman video pembelajaran secara online yang dijalankan oleh seorang guru di sebuah pusat tuisyen popular baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, guru berkenaan dilihat menjawab soalan-soalan tidak munasabah yang diajukan oleh pelajar, selain soalan-soalan yang diajukan berbunyi agak biadab.

Lebih mengecewakan, pelajar yang mengikuti pembelajaran bersama guru berkenaan menyifatkan guru itu memiliki wajah mirip polis yang didakwa melanggar seorang pelajar baru-baru ini.

Menerusi ruangan balasan platform X, ramai dalam kalangan netizen memberikan pendapat masing-masing mengenai situasi yang kurang enak itu.



Sumber: Platform X