Momen-momen akrab pelakon Bella Astillah dan Ruhainies yang pernah dirakamkan dan dikongsikan di media sosial menjadi tumpuan warganet.

Selain memuji kecantikan kedua-dua mereka, ada juga yang bersimpati dengan nasib yang menimpa Bella.

"Macam mana la perasaan Bella bila dapat tahu orang tersayang curang tapi dengan kawan sendiri," tulis pengguna platform X yang berkongsi semula video Bella mendukung Ruhainies menuruni tangga.

Hal itu mendapat pelbagai reaksi warganet lain yang berharap agar Bella diberikan kekuatan.

"Mesti dia ingat sharing is caring kot...

"Sorry tapi kenapa dia masih tak chaw lagi? Bukan sekali jantan tu buat hal," demikian antara komen yang ditulis netizen.





Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki berstatus suami orang ditangkap berkhalwat bersama seorang pelakon wanita di sebuah kondominium mewah di ibu kota.

Mengukuhkan spekulasi apabila isteri Aliff, Bella Astillah hadir ke pejabat agama seawal 2.40 pagi.

BERITA TRENDING: Artis Berstatus Suami Orang & Pelakon Wanita Dicekup Berkhalwat?

BERITA TRENDING: Apa Motif Bella Astillah Ke Pejabat Agama Islam Pukul 2.40 Pagi?

BERITA TRENDING: "Beri Ruang Pada Bella" - Didi Astillah